Bagaimana Memulakan Perniagaan Internet - Online

How to Start Online Business - Malay version

Salam sihat sejahtera kepada pembaca nota-nota maya seluruhnya. Sekian lama jemari kasar ini tidak menari di papan kekunci, akhirnya pada hari ini berjaya juga melengkapkan langkah tari yang agak-agak sumbang. Al maklum saja, sudah terlalu lama dimanjakan dengan etika kemalasan, pastinya pergerakan seakan kaku dan kurang menarik untuk dilihat persembahannya.

Tanpa idea mekar yang berputik di kepala otak yang berjambul, sesi penulisan kali ini akan mengisi ruangan Karutan. Tiada tips cinta terbaru, tiada tips blogging resepi SEO terbaru, yang ada cumalah omong-omong dari buah fikiran yang bersifat "general". Pastikan anda membaca sehingga ke noktah yang terakhir tanpa rasa kebosanan yang melampau.;)

Baiklah terus masuk kepada topik besar. "Online Business" sudah menjadi trend yang biasa-biasa sahaja dewasa ini. Kadar pertumbuhan perniagaan online boleh diibaratkan seperti cendawan busut selepas hujan..;) Pelbagai cabang atau saluran yang memberi ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja untuk mencuba perniagaan melalui atas talian. Paling popular semestinya Facebook dan Instagram. Berbagai-bagai produk jualan boleh didapati melalui dua saluran jaringan sosial paling popular di atas. Tidak seperti dahulu, anda perlu melabur sejumlah kewangan untuk membuka portal niaga online. Upah orang untuk membina laman web mahupun blog. Sekarang, asalkan ada akaun Facebook atau Instagram, ada produk yang berpotensi anda boleh terus memulakan perniagaan secara online.

Mari kita fikirkan secara rasional tentang "perniagaan online".

Strategi - memulakan perniagaan dan teknik pemasaran.

Perkara paling utama sebelum memulakan apa jua perniagaan adalah bajet (modal) dan juga produk. Ada pelbagai jenis produk yang berpotensi memberi pulangan setimpal melalui perniagaan online. Tetapi… bergantung kepada jenis produk dan tahap populariti jenama yang diniagakan. Faktor pesaing serta konsistensi anda mempromosikan produk yang dijual perlu dititikberatkan.

Perniagaan melalui laman sosial Facebook merupakan portal paling mendapat tempat di hati peniaga-peniaga online. Namun begitu, tahukah anda bahawa Facebook juga mempunyai strategi tersendiri dalam mengembangkan perniagaan mereka. Jangan rasa terkejut tiba-tiba pada suatu hari Fanpage anda yang ramai pengikut dan telah telah dilenyapkan dari kamus portal Facebook. Inilah hakikat yang perlu anda telan sebenarnya sepanjang menjalankan urusniaga dengan Facebook. Kecuali anda ada hubungan keluarga dengan En. Mark Zuckerberg. ;)

Oleh sebab itu, anda sebenarnya perlu mempelajari serta mendalami teknik-teknik perniagaan secara atas talian. Ada ramai speaker yang berkelayakan untuk anda ikuti seminar mahupun kelas tentang perniagaan online. Contoh, Jootawan.com - Ammar Zahar. Penting bagi anda yang kurang arif tentang bisnes di internet untuk mempelajari teknik perniagaan online sebagai langkah berjaga-jaga. Pembelajaran seperti Facebook ads, SEO bagi web/blog dan pelbagai teknik menjual produk secara online.

Jika anda merupakan blogger yang ingin mengetahui serba sedikit tips tentang kaedah membina blog yang menepati kehendak pihak enjin carian (Google, Bing, Yahoo etc.) sila ikuti pautan di bawah.

Tips : Bahan Penulisan dan Tips SEO bagi blog.

Rasanya cukup setakat ini dahulu sebagai tanda pengenalan. Di pertemuan seterusnya saya akan kongsikan beberapa teknik perniagaan online secara lebih terperinci.

Adakah semudah itu untuk anda berjaya sebagai usahawan online? Jika anda fikir anda sudah berjaya, fikir sekali lagi.

Comments