Gerhana Bulan Penuh April 2015

Assalamu'alaikum..

Bismillah, Alhamdulillah.

Insya-Allah sekiranya dipanjangkan tempoh usia, kita akan dapat menyaksikan fenomena alam semesta yang menakjubkan. Sebahagian kecil kehebatan Tuhan sekalian alam mengatur dan mentadbir semesta yang amat luas ini.

Di bawah merupakan jadual peringkat-peringkat berlakunya fenomena Gerhana Bulan bagi tahun 2015. Fasa gerhana penuh ini hanya berlaku dalam jangkamasa singkat (5 minit), oleh itu jangan lepaskan peluang menyaksikannya. 

FASA GERHANAWAKTUKUALA LUMPURKUCHINGSANDAKAN
P1:Mula Fasa Penumbra5:01 pmTIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)
U1:Mula Fasa Umbra 6:15 pmTIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)BOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit)
U2:Fasa Gerhana Penuh bermula7:57 pmBOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit)BOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit) BOLEH DILIHAT
Fasa Maksimum Gerhana Penuh8:00 pmBOLEH DILIHAT BOLEH DILIHAT BOLEH DILIHAT
U3: Fasa Gerhana Penuh tamat8:02 pmBOLEH DILIHAT BOLEH DILIHATBOLEH DILIHAT 
U4: Tamat Fasa Umbra9:44 pmBOLEH DILIHAT BOLEH DILIHAT BOLEH DILIHAT
P4: Tamat Fasa Penumbra10:58pmBOLEH DILIHAT BOLEH DILIHAT BOLEH DILIHAT

Ayuh jangan lepaskan peluang mengukuhkan keimanan dengan bertafakur seketika di saat Allah memperlihatkan Kekuasaan dan KebesaranNya dalam mentadbir alam ciptaanNya. Mari renungkan betapa kerdilnya kita yang menumpang di mukabumiNya sambil mensyukuri segala nikmat yang telah, sedang dan mungkin akan dinikmati.

Yang indah dan terbaik itu daripada Allah jua hadirnya, yang penuh cacat cela itu dari pengetahuan cetek hambanya ini.


Comments