Aplikasi MyKira untuk periksa harga barangan selepas GST.

Info GST - Aplikasi MyKira untuk periksa harga barangan selepas GST.

Tanggal 1 April 2015 bermulalah fasa baru dalam rangka perbelanjaan seluruh rakyat Malaysia. Isu hangat yang menjadi buah mulut dan topik bicara di segenap laman sosial tidak lain dan tidak bukan adalah hari bersejarah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Mimos telah membangunkan satu aplikasi telefon pintar yang mana berfungsi sebagai panduan pengguna untuk memeriksa harga barangan yang telah diselaraskan selepas pelaksanaan Goods and Services Tax (GST). Tujuan pembangunan aplikasi ini adalah untuk memberi maklumat kepada pengguna sebelum membeli sesuatu barangan keperluan.

Dengan hanya 3 langkah mudah pengguna boleh menyemak lebih 10,000 harga barangan yang telah dimasukkan ke dalam database aplikasi ini.Setelah diuji, aplikasi ini boleh memberikan maklumat tentang harga barangan makanan asas, lampin, makanan yang diproses, roti, sabun dan banyak lagi merangkumi pelbagai kategori barangan dapur.

Aplikasi MyKira boleh dimuat-turun di Google Playstore or Apple App store. Aplikasi MyKira boleh dimuat turun secara percuma untuk mana-mana jenis telefon pintar.

Pengguna boleh diberi pelbagai opsyen untuk mencari maklumat terperinci mengikut nama produk, kuantiti, harga, nama kedai @ pasaraya dan lokasi. Keputusan pencarian anda di skrin akan memaparkan samada harga barang berkenaan berpatutan selepas pelaksanaan GST. 

Sekiranya pengguna tidak berpuas-hati, mereka boleh memfailkan aduan secara terus melalui E-Aduan yang mana terdapat di dalam aplikasi ini atau terus menghubungi di talian 1-800-886-800 or 03-8882-6245 dan 03-8882-6088.

Harap maklum. Selamat merangka kira-kira bajet baru..;)


Aplikasi MyKira boleh dimuat-turun di Google Playstore or Apple App store.

Comments