Orang yang Muflis, 100% Bankrupt

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum, semoga pembaca sekalian berada di bawah limpah berkat dan rahmat yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. Pertemuan kali ini bakal mengisi ruangan Bicara Agama. Ya Allah berilah kami kepahaman dalam mempelajari ilmu yang Engkau hidangkan.

Hakikat Orang yang Muflis pada Hari Kiamat

Bayangkan segala kezaliman yang kamu lakukan pada yang lain di dunia, maka pada hari akhirat akan diambil segala hak yang telah engkau zalimi. Hak-hak itu terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu hak berupa kebendaan ataupun nilai kemanusiaan dan daripadanya berkaitan dengan hak pada hamba ataupun hak pada Allah.

Kelak akan datang orang yang pernah kamu herdik, kemudian mengambil haknya. Akan datang pula orang yang hartanya pernah kamu ambil secara zalim, dengan penuh rasa bermusuhan, secara dirampas atau secara suap. Kemudian dia pun mengambil kebaikan-kebaikan kamu. Itupun jika dalam lembaran catatan amalan kamu mempunyai kebaikan.

Akan datang pula orang yang pernah dibicarakan kehormatannya secara ghibah, fitnah dan ikut serta dalam menyebarkan khabar dusta atau kesaksian dusta yang pernah kamu lakukan. Dia akan mengambil kebaikan kamu sampai tidak tertinggal sedikitpun kebaikan dalam catatan amalam-amalan kamu. Kemudian akan ditanggungkan keburukan-keburukan orang lain yang haknya pernah kamu rampas, sehingga kamu pun dilemparkan ke dalam neraka.

Gambaran hamba seperti ini adalah yang muflis pada hari Akhirat. Keadaan ini sudah digambarkan Rasulullah S.A.W kepada para sahabatnya. 

Baginda bersabda, "Apakah kamu mengetahui apa yang dimaksudkan dengan muflis?" 

Para sahabat menjawab, "Iaitu mereka yang tidak mempunyai dirham dan perhiasan sedikitpun."

Rasulullah S.A.W bersabda, "Muflis adalah orang yang daripada umatku. Mereka adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa dan zakat yang dilakukannya, tapi juga dia orang yang telah mengherdik ini, menuduh itu, memakan harta ini, menumpahkan darah itu dan memukul ini. Kemudian akan diserahkan dan dibahagikan kebaikan yang ada pada dirinya sehingga habis kesemuanya, sebelum dia dihisab. Bahkan sehingga keburukan orang-orang yang teraniaya itu akan ditanggungkan kepadanya. Lalu dia pun dilemparkan ke dalam neraka."

HR Muslim (Sahih Muslim)

Bayangkan jika kamu seorang muslim yang menganggap bahawa kebaikan yang telah dilakukan seperti solat, puasa, zakat dan sebagainyya akan menyelamatkan dirinya. Akan tetapi nilai kebaikan itu hanya digunakan untuk menutupi keburukan daripada hak-hak hamba yang telah dirampas oleh kamu. Dan orang yang muflis itu adalah orang yang kebaikannya tidak cukup untuk menutupi dan menebus kezaliman yang dilakukan sehingga pada akhirnya hanya akan dilemparkan ke neraka.

Bayangkan jika itu terjadi, kamu berdiri di hadapan Allah pada hari Kiamat dalam keadaan muflis. Kamu tidak mampu memenuhi kekurangan hak yang mesti kamu bayarkan kepada orang lain yang kamu zalimi. Sehingga kemudiannya kamu menanggung keburukan orang yang kamu zalimi itu.

Ketika kamu pada saat itu sudah tidak mempunyai lagi kebaikan, lalu nerakalah menjadi tempat kamu!

Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesiapa yang meninggal dunia, sedang dia mempunyai kezaliman sedinar atau sedirham, maka akan diselesaikan daripada kebaikan yang diperbuatnya, bukan daripada dinar dan dirhamnya."

HR Ibnu Majah (Sunan - dengan sanad yang sahih)

Wallahu a'lam.

Comments

mario said…
thanks!!
huhu
KakNida said…
terima kasih atas ingatan ini!
yusenze said…
@mario

Eh.. Mario.. Ade saje skodeng.. hahha..
yusenze said…
@KakNida

Sama-sama berkongsi dan beringat..:)