Kenapa aku suka menulis blog?


Tajuk : Kenapa aku suka menulis blog?

Aku dan blog...

Mula mengenali dunia blog beberapa tahun yang lampau. Namun pada awalnya tidak berminat langsung dengan dunia ini. Hanya memerhati rakan-rakan bergiat meluahkan isi hati melalui penulisan di ruangan siber ini. Aku hanyalah sekadar seorang pembaca dan pemerhati sahaja, kerana pada ketika itu tidak pernah terlintas di benak untuk menulis apatah lagi untuk berkongsi luahan idea dan cerita secara umum. Namun begitu, bak kata pepatah "Walau sekeras batu sekalipun, jika berterusan dititiskan air lama-kelamaan akan berlekuk juga". Begitulah lumrahnya hati ini, setelah sekian lama bergaul dengan rakan-rakan yang aktif dalam dunia ini, akhirnya terpengaruh juga. 8 buah laman blog peribadi milikku termasuk beberapa blog eksperimen.

Penglibatan awal...

Bercerita tentang penglibatan awal sudah semestinya akan melibatkan soal tema dan latar pengenalan. Aku dibelenggu dengan pemilihan aspek artikel yang ingin diutarakan, susun atur dan pemilihan templat yang bersesuaian, dan juga pembahagian masa untuk diluangkan. Blog yang pertama dibina (Blogspot) mengalami kerosakan yang kritikal kerana pengubahsuaian kod-kod templat yang melampau. Justeru itu aku mencari lagi ruanagan-ruangan lain yang mampu memenuhi citarasaku pada ketika itu. Maka, setelah beberapa hari aku terjumpa ruangan blog yang berangkaian dengan Wordpress (Blog.com). Aku masih lagi menjalankan ujikaji yang sama iaitu pengubahsuaian templat. Pemilihan templat untuk ruangan blog ini begitu terhad bagiku tetapi aku teruskan juga dengan memilih templat bertemakan hitam putih. Tidak keterlaluan, hanya ala kadar sahaja. Tajuk utama yang menjadi pilihanku adalah "CONTRADIGM" - Aku dan kelainan dalam diriku. Pos pertama adalah berkaitan dengan minat dan kecenderungan yang membuak di dalam hati ini iaitu "CATUR". Entri pertama adalah tentang lagenda catur dunia yang juga sumber inspirasiku, Gary Kasparov. Pemilihan warna hitam dan putih sebagai tema pernah dipersoalkan oleh seorang rakan. Dan pandangannya itu telah membuka mindaku untuk mencari tema yang lebih mesra pembaca. (http://yusenzetouch.blog.com)

Dialog antara aku dan rakan :-

Aku : Ini adalah hasil penulisan pertama yang aku terbitkan untuk tatapan umum. Tolong kritik.

Kecik : Pengisian yang pertama adalah "ok aje" untuk sesi pengenalan. Tapi, pernah tak kau terfikir? Pemilihan warna tema juga mempengaruhi minda secara umum. Kau pilih hitam putih, kalau ada orang yang tak suka hitam putih macam mana?

Blog yang seterusnya.

Blog kedua (Rangkaian Blogspot), untuk eksperimen lagi. Kecundang. Ketandusan idea untuk memilih templat yang bersesuaian dengan tajuk utama. Bukan soal pemilihan templat sebenarnya, tetapi tahap pengubahsuaian yang seringkali menemui jalan buntu. Hati ini masih lagi kuat untuk membina laman yang menonjolkan artikel yang khusus dan hanya tertumpu pada satu aspek sahaja. Pada mulanya aku ingin bercerita tentang dunia sukan hoki tetapi setelah ditimbang semula, aku telah menukar idea kepada catur. Tajuk utama adalah "NALURI-KERDIL" - Naluri seorang amatur yang meminati catur. Tujuannya adalah untuk mewujudkan komuniti catur dan berkongsi pengetahuan dan corak pemikiran tentang permainan ini. Kali ini aku tetap memilih hitam dan putih. Itulah hakikatnya. Aku memilih tema gelap untuk tatapan pembaca di ruangan ini kerana aku rasa pembaca akan lebih damai menghayati irama dan corak perminan catur. Akan lebih tertumpu kepada artikel yang dibaca, mungkin.

Kesinambungan...

Namun yang demikian, pembinaan laman blog yang bertemakan catur itu mula aku rasakan sempit. Aku mula mencari idea untuk tema blog baru yang berkonsepkan lebih kepada entri-entri rawak dan umum. Maka terhasillah blog yang ketiga  berjudul ~Cerekarama~. Blog ini memaparkan segenap aspek merangkumi perihal peribadi, informasi, humor, motivasi, keagamaan dan lain-lain. Setiap isi kandungan memaparkan luahan yang terlintas di naluri ini. Pemilihan templat yang lebih ceria dan mesra pembaca. Warna suram dipenuhi unsur ceria. Aku menghabiskan masa 30 jam tanpa tidur mengubahsuai templat ini.

Pengisian tentang tajuk kontes.

Kenapa aku suka menulis blog? Secara jujur aku adalah seorang yang meminati tidak banyak tetapi sedikit bidang penulisan. Gemar membaca buku-buku cereka dan novel-novel berkisarkan drama dalam kehidupan. Aku pernah merangka tiga jalan cerita untuk dikarang dan diolah. Dan semua rangka-rangka cerita itu aku tulis menggunakan tangan. Untuk tiga cerita ini aku aku mengambil masa dua bulan untuk merangkanya. Dua buah buku log 300 mukasurat telah aku gunakan. Kisah yang pertama aku terbitkan kepada umum adalah "Naluri Kerdil". Baru memasuki fasa kedua kerana untuk episod yang berikutnya telah terpadam dari simpananku berikutan rasa sakit hati terhadap komputer riba ini yang tiba-tiba meragam. Aku dengan tidak berfikir panjang telah "re-format" komputerku ini tanpa membuat sebarang "file-backup".

Penulisan cereka bukanlah tujuan sebenar aku terlibat dengan blog. Tetapi dari pandangan peribadiku, di sini aku dapat meluahkan apa yang terpendam di hati secara tulus tanpa bicara lisan. Antara aspek yang aku lemah untuk kuasai iaitu komunikasi secara lisan. Melalui blog, aku dapat meluahkan segalanya dengan lancar. Di samping itu juga aku dapat menambah kenalan secara maya serta bertukar-tukar idea dan pandangan. Secara tidak langsung, hilanglah rasa bosan semasa melayari ruangan siber yang amat luas ini.

Gambar yang dipertaruhkan adalah idea daripada En.Mario. Mood = Ceria selalu!!!


Sekian.

Dari pena Penulis,

Comments

ISZA said…
wah, dalam xde minat tu trus ade 8 blog! Memang memerlukan pengorbanan di cni... blog ditatang bagai anak sendiri (boleh trima pakai ke ni?)
niny said…
mmg betul2 critical review ni. kalu bt esaimen dah lame dpt distinction! tahniah. hehe. rupenye byk benda berbeza yg org lain kena fikir dlm menghasilkan blog masing2 ye. bagus2. :)
Che'gu: ahaha~~~ dalam 8 tu... 4 je yang tinggal... 3 aktif... 1 lagi untuk ujikaji...
niny : ngahaha~~~ kritikal yek...
lulus ke dari segi peraturan ni???
keke~~~
Anonymous said…
suka tulis n bc blog...xtau napa hehe..
Faye : hehe~~~ bagos222...
Unknown said…
Yusenze ngan catur tidak dapat dipisahkan
wargh!!! Touya ade kuase psycic r... muahaha~~~
niny said…
salam. yusenze, keputusan I LOVE LONDON contest dah dikeluarkan ! :)