"Saya bangga menjadi seorang blogger!"
Assalamualaikum..
Wajarkah saya melaungkan pernyataan di atas? Iya, saya bangga kerana berada dalam sebuah komuniti yang begitu luas dan mesra ini. Sedar atau tidak kita sebenarnya telah membentuk sebuah komuniti yang bersatu dalam menyuarakan pelbagai informasi melalui satu saluran yang berteraskan teknologi canggih. Walau di mana kita berada, melalui kemajuan sistem perantaraan internet kita masih bisa berkomunikasi secara maya.
Informan
Sejajar dengan tema hari Kebangsaan "1 Malaysia Menjana Transformasi", kita seharusnya memotivasikan diri agar terus berdedikasi dalam berblogging. Melalui penulisan di blog, kita secara rasminya bertindak sebagai informan dalam menyampaikan pelbagai maklumat kepada umum. Perihal maklumat bukan sahaja tertumpu kepada isu-isu semasa bahkan bersangkutan juga dengan pelbagai isu peribadi serta aktiviti indiviual. Secara tidak langsung melalui penulisan kita itu pelbagai maklumat telah disalurkan.
Bentuk Penulisan
1) Fakta
Dalam memenuhi etika sebagai seorang penulis blog, kita seharusnya peka dengan setiap maklumat yang ingin kita sampaikan. Kita bebas menulis sebarang bentuk nukilan sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal tetapi kita haruslah memastikan bahawa setiap hasil penulisan kita itu adalah berdasarkan fakta-fakta yang benar. Kita mesti mematuhi etika ini jika ingin menyalurkan sebarang maklumat kepada umum.
2) Cereka
Bagi penulisan berbentuk cereka, kita bebas untuk mengolah sebarang bentuk cerita yang mampu untuk menarik minat pembaca. Penceritaan yang lahir dari imaginasi memerlukan penumpuan yang khusus serta kreatif. Kreativiti dalam menulis sebarang bentuk cereka janganlah sehingga melampaui batas dalam penulisan. Dalam penceritaan, kita perlu menjaga setiap kata-kata yang ditulis itu tidak menyentuh sensitivi individu tertentu.
Aktiviti
Berbagai-bagai bentuk aktiviti boleh disertai oleh kita sebagai blogger. Aktiviti yang saya maksudkan bukan hanya tertumpu kepada aktiviti luar seperti perhimpunan (gathering) sahaja. Kita boleh memeriahkan dunia blog serta menyokong rakan-rakan blogger yang lain dengan menyertai atau menyebarkan maklumat tentang sesuatu kontes. Perkara ini dapat membantu dalam mengeratkan dan meluaskan hubungan dalam komuniti blog ini.
Komentator
Kita adalah digalakkan untuk meninggalkan sebarang bentuk komen yang membina. Komen-komen yang kita tinggalkan itu secara psikologinya dapat menaikkan semangat seseorang penulis itu. Sebagai blogger, kita bukan sahaja bertindak sebagai penulis malahan kita juga boleh menjadi seorang pembaca yang baik dengan meninggalkan sebarang komen pada entri blogger yang lain. Secara tidak langsung kita telah mewujudkan sebuah komuniti yang muhibah antara blogger.
Sekian.

Dari Pena Penulis,
Comments
Sekian..
setujulah...kecuali aktiviti tu sesuaila kot untuk remaja2 cam korang,,,cam aku ni...tengok2 je... huhu

kiss2 pulak tuh.. hahahah..
Rio.. aku tulis ikut pandangan ngan cara aku..
lain org lain cara penyampaian, jadi mari kita teruskan cara yg telah kita amalkan.. hahha,,
baek cikgu, saya akan tingkatkan prestasi ;)
bekmpul untuk saling mengenali di samping menimba ilmu weh.. hahha..
Insya-Allah, nnt ade jodoh bertemulah kita.. hahha..
Nisa, semoga jodoh anda berkekalan.. ;)