Assalamualaikum..
Sebelum meneruskan bicara lebih mendalam, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pergerakan Belia Teknologi Informasi (ITYM) kerana telah memilih pengisian di blog "CEREKARAMA" sebagai salah satu pemenang kontes anjuran ITYM untuk penyertaan Hari Belia Negara 201. Kesinambungan dari kontes yang dianjurkan oleh pihak ITYM dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan bersempena dengan sambutan hari belia 2010 pada 14-16 Mei 2010 yang lalu, pihak ITYM telah meminta setiap pemenang yang telah menerima sijil untuk mempromosikan agenda yang dirancang bagi sambutan hari belia negara yang seterusnya. Juga disertakan bersama sijil, sekeping poskad tanda permulaan promosi "Himpunan Sejuta Belia" yang akan diadakan pada 27 dan 28 Mei 2011. Tujuan ITYM adalah untuk menyatakan tentang kesungguhan pihaknya bersama blogger mengambil inisiatif untuk mengumpulkan 10 ribu blogger bagi bersama-sama menyambut 'Hari Belia Negara 2011'.
Gambar ini akan diserahkan kepada Menteri Belia Dan Sukan Malaysia YB Dato' Shabery Cheek sebagai tanda sokongan dan penglibatan blogger dalam mempromosikan Hari Belia Negara 2010 yang lalu.
Dari Belia Untuk Belia - Dimensi Pandangan Penulis
Kadangkala kematangan dan pengalaman semata bukanlah tiket untuk melepaskan diri dari situasi kedangkalan akal dalam meluahkan sesuatu interpritasi. Pendedahan yang sejajar dengan perkembangan tamadun dalam membingkis kebijaksanaan dan kerahan tenaga ideologi dari kalangan belia adalah amat perlu bagi memacu dan meneruskan usaha prolifik untuk memangkin pembangunan negara. Penglibatan para belia adalah suatu perkara yang harus dipandang serius kerana para belia adalah generasi yang bakal meneruskan dan menjamin kestabilan dalam pengstrukturan sistem pentadbiran negara.
Belia sebagai penggerak di masa hadapan seharusnya mengambil kesempatan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah positif bagi meningkatkan jatidiri agar struktur dan sifat kenegaraan terus menghuni dengan gah dalam sanubari. Belia dewasa ini lebih cenderung untuk menyuarakan kreativiti melalui pena maya atau laman sesawang peribadi. Saya melihat dari dimensi ini, pengaturcaraan program melibatkan blogger adalah amat bersesuaian bagi memangkin pembangunan negara. Dengan perencanaan program yang menuntut ilham kreatif dalam penulisan, secara tidak langsung dapat menangkis cebisan tanggapan negatif terhadap para belia. Ternyata dengan melayari internet juga memberi pengaruh terhadap mentaliti beliawan negara samada dari sudut positif mahupun sebaliknya.
Sebagai seorang belia yang terlibat dalam dunia blog, saya menganggap usaha pihak kerajaan melibatkan penulis-penulis blog dalam pelbagai acara dapat memberi suatu impak yang berbaloi. Dari kacamata penulis kerdil seperti saya, ruang blog adalah tempat untuk saya meluahkan serba sedikit pengetahuan dan pendapat yang dapat dikongsikan kepada umum. Oleh yang demikian, pendekatan pihak kerajaan untuk menarik minat para belia mengikuti program-program melalui medium penulisan sangat berkesan bagi mencerna generasi berilmu dan berwawasan.
Kepada para belia yang menceburkan diri dalam dunia penulisan blog, marilah kita sama-sama menyokong usaha baik sebegini. Impaknya bukan sahaja kepada diri sendiri malahan secara tidak langsung dapat memacu pembangunan negara. Di ruangan maya yang luas inilah tempat kita untuk mencuri kesempatan menyuarakan pendapat dan pengetahuan yang berunsur positif serta boleh diterimapakai secara umumnya.
Sekian.
"Bahasa Jiwa Bangsa, Belia Aset Negara"
Dari Pena Penulis,
Comments
:P
~macam teringin je nak gather2 ngan blogger
..aku klu hadiah die duit artu pasti aku join.hahaha..tp ad sijil best jgk..ad la kenangan ko blogging.nanti bole tnjk kat anak cucu..
mcD jom.. hahha..
jom r gather, best kongsi2 cerita.. sgt mengasikkan..
bkn sedih la.. tu control macho namanya.. hahhahhah...
kalau sempat 2011 tu.~ hehe