Assalamualaikum..
Setiap perhubungan yang terjalin antara menusia itu akan melalui beberapa fasa tertentu. Perkara ini adalah bergantung kepada jenis hubungan dan juga faktor-fakor yang menjadi tunjang perhubungan itu. Apabila membicarakan soal hubungan antara manusia pastinya kita tidak dapat lari dari aspek konflik dan kepincangan.
Fasa Dalam Sesebuah Perhubungan
Perkara utama yang menghasilkan jalinan perhubungan itu semestinya "perkenalan". Perkara yang melibatkan soal perkenalan tidak semestinya bermula dari pertemuan. Dewasa ini pelbagai faktor yang boleh menjurus ke arah perkenalan sebagai contoh adalah melalui jaringan hubungan sosial yang dilayari melalui perantaraan sistem telekomunikasi ataupun jaringan internet.
Setiap fasa yang bakal dilalui merupakan perkara lazim dalam konteks pengukuhan sesebuah hubungan itu. Setiap pergaulan merupakan jaringan perhubungan dalam konteks kehidupan. Jika ada individu yang tidak berhubungan dengan individu di sekitarnya, sangat jelas bahawa individu itu adalah tidak normal. Setiap fasa dalam sesebuah hubungan itu kebiasaannya hadir secara semulajadi. Ini bermakna kita tidak dapat mengawal berlakunya setiap proses dalam perhubungan sesama manusia.
"Dari mata turun ke hati" adalah merupakan suatu ungkapan yang lazim kita dengar selain dari "Tak kenal maka tak cinta". Kedua-dua ungkapan ini amat sinonim dalam konteks perhubungan yang melibatkan manusia sejagat. Perkara ini bukan hanya tertakluk kepada hubungan intim atau hubungan cinta sahaja tetapi ia merangkumi segenap jenis hubungan antara manusia. Perkara ini meliputi aspek kemasyarakatan yang menjadi tunjang agar kehidupan manusia itu bewarna-warni.
Cinta
Perihal yang melibatkan isu cinta ternyata tidak dapat ditafsirkan dengan jelas. Sesungguhnya cinta itu tidak mengenal rupa, jarak, waktu dan situasi. Setiap fasa yang menjurus ke arah hubungan cinta hadir melalui kata hati yang mengubah mentaliti atau tanggapan kepada seseorang itu. Perasaan yang lahir adalah suatu hakikat yang tidak dapat dibendung namun masih mampu dikawal dengan kewarasan akal supaya setiap ungkapan cinta yang terpacul bukan sekadar ungkapan semata-mata.
Hubungan yang berkaitan soal cinta adalah mainan perasaan yang boleh mengundang pelbagai implikasi terhadap seseorang itu. Faktor keikhlasan dan kesetiaan adalah pemangkin dalam menjaga keutuhan hubungan cinta. Pada pandangan saya, tidak mungkin wujud istilah "terpaksa" dalam hubungan cinta. Segenap luahan atau rasa cinta itu lahir secara semulajadi dengan kesungguhan seseorang individu itu merasai dan keinginan untuk berkongsi rasa cinta itu dengan insan terpilih.
Bukanlah suatu perkara mudah untuk menikmati erti cinta sebenar dalam perhubungan yang serius. Kadangkala ada juga individu yang keliru dengan luahan yang lahir dari hati mereka sendiri. Keyakinan terhadap faktor cinta yang hadir sangat nipis sehingga membuatkan individu itu keliru dan tidak bersungguh-sungguh. Dalam sesebuah hubungan cinta, kita perlulah bersifat toleransi dengan cara mengenal hati budi. Keihklasan bercinta bukanlah suatu perkara yang berupa lakonan. Oleh itu, jauhilah sifat kepuraan dan jadi diri sendiri sepenuhnya. Dengan itu barulah keserasian akan muncul dalam hubungan cinta.
Bagi saya, hubungan cinta itu menuntut keberanian untuk memberi dan menerima dalam konteks mengisi kekurangan pada diri setiap pasangan. Cinta duniawi; perasaan cinta yang lahir hanya sekadar untuk memenuhi kehendak dunia semata-mata. Antara lainnya cinta kebendaan yang merangkumi cinta harta dan wang ringgit. Ini bukanlah cinta sejati, namun perihal sebegini sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia di zaman serba canggih ini. Arus ketamadunan telah mengubah persepsi manusia terhadap istilah cinta sejati. Awas!!!
Sekian.
p/s : Cinta sebenar tidak mengenal erti beza usia. Cinta tulus tidak memandang rupa dan harta. Cinta sejati hadir tanpa paksaan. Cinta bukan kerana indah pandangan mata tetapi cinta kerana ketulusan untuk mencintai seadanya. [Rumahtangga]
Comments
kan? hehhe..
tengah bunga2 la ni?
cian jijan sorang2
ahahahaa
buat sahabatku yang lama mimi
maaf kan mimi.....
wagaskah kau...kaka mimi baru bulik tadi nie...trus on9...
moga persahabatan tidak putus...salam rindu buat kulaan,pada semua sahabat lama dalam dunia blogging nih...
HUGE mimi~~~~~~~
"tanpa keberanian mimpi tidak akan bermakna"
Terkini: 1. Bende yang hebat itu berasal dari tempat yang hina 2. Emosi Mistik Rock n Roll 3. Kaki Belit Depan Masjid