Atasi Tekanan Dalam Perhubungan

Assalamualaikum..

Bertemu kembali di lembaran berwajah baru. Saya menghabiskan masa lebih dari 3 jam untuk mengubah struktur templat baru blog ini daripada 2 kolum kepada 3 kolum. Tekanan yang dihadapi adalah mencari kod pengaturcaraan, pengubahsuaian dan penambahan beberapa struktur namun masih ada kepincangan yang tidak dapat dirungkai. Bagaimanapun saya akur dengan kemampuan sendiri bahawa hanya setakat ini sahaja perubahan yang dapat dilakukan. Saya bertindak menjauhi tekanan.



Tekanan - Pelbagai definisi boleh mentafsirkan perkataan ini mengikut kesesuaian penggunaan dan situasi. Dalam konteks topik yang saya ketengahkan pada kali ini, definisi tekanan adalah "keadaan menekan atau tertekan; keadaan menanggung beban yang sukar untuk ditanggung". Perkara ini juga melibatkan faktor desakan.

Perhubungan - Sebarang perihal yang boleh dikaitkan mengenai jaringan komunikasi dan pergaulan seharian yang melibatkan keluarga, teman, rakan, jiran, majikan dan sebagainya. Menyentuh aspek pertalian dalam sistem kemasyarakatan.

Ada pelbagai faktor yang boleh menimbulkan atau mencipta ruang tekanan dalam perhubungan sesama manusia. Perkara ini berkait rapat dengan konflik interpersonal yang melibatkan pengaruh emosi terhadap persekitaran dan pergaulan. Berikut saya senaraikan beberapa situasi yang boleh menimbulkan tekanan serta langkah terbaik untuk menghadapinya.

Perhubungan di Tempat Kerja

Fenomena konflik yang berlaku di tempat kerja kebiasaannya melibatkan desakan atau tekanan dari pihak atasan atau barangkali perasaan cemburu di kalangan rakan sekerja yang lain. Perkara sebegini bakal mengundang tekanan seperti hilang fokus terhadap tanggungjawab hingga mengakibatkan kemerosotan atau mungkin lebih teruk lagi sehingga mengalami kemurungan.

Tekanan di tempat kerja mampu dielakkan sekiranya kita bijak menanganinya dari aspek emosi serta kepekaan untuk menghiburkan diri sendiri. Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja iaitu dengan menjalinkan persahabatan sesama rakan sekerja dan berkongsi masalah dengan mereka yang boleh dipercayai.

Praktikkan cara pemikiran yang rasional yang menjurus ke arah positif dan elakkan dari berfikiran negatif. Perkara ini bisa mengelakkan rasa salah faham antara kita dan pihak lain seperti rakan sekerja mahupun majikan.

Perhubungan Keluarga

Kadangkala berlaku juga konflik yang melibatkan institusi kekeluargaan yang boleh menimbulkan tekanan terhadap seseorang individu. Secara lazimnya perkara ini berlaku kerana ketidaksefahaman tentang sesuatu pendapat terutama sekali jika melibatkan pengagihan harta atau lain-lain. Perkara ini perlu dianggap serius bagi mengelakkan pecah belah dalam hubungan kekeluargaan.

Langkah terbaik ialah dengan mengamalkan sikap tolak ansur dalam setiap perbincangan bagi menjaga kepentingan semua pihak. Dalam isu yang melibatkan keluarga, seharusnya dilantik seorang yang bijak dan sabar menjadi peneraju dalam setiap mesyuarat ahli keluarga. Individu yang dilantik seharusnya seorang yang dihormati serta mampu meredakan keadaan sekiranya berlaku situasi genting seperti pertengkaran mahupun pergaduhan.

Masyarakat

Tekanan dalam perhubungan sesama anggota masyarakat juga sering berlaku kerana faktor irihati, kurang kesefahaman dan kelemahan dalam komunikasi. Bagi mengelakkan perkara ini berlanjutan, setiap individu perlu mengamalkan sikap mesra dalam pergaulan sesama anggota masyarakat di sekeliling. Elakkan dari berprasangka dan cuba praktikkan kemesraan dalam perhubungan dengan cara berkomunikasi dengan baik serta bertolak ansur.

Kekasih / Teman Mesra

Tekanan yang memberi kesan paling buruk kepada seseorang individu itu adalah tekanan yang melibatkan soal cinta dan perasaan. Kebiasannya bagi individu yang menghadapi tekanan cinta, kesan sampingannya akan melibatkan segala jenis perhubungan yang disebutkan di atas. Adakalanya, tekanan yang dihadapi dalam perhubungan antara sepasang kekasih itu akan  turut terbawa-bawa ke tempat kerja dan mungkin juga boleh mengakibatkan rasa kurang perhatian dan tumpuan terhadap keluarga.

Dari pengamatan saya, perkara ini perlu dijauhi agar tidak merosakkan segenap perhubungan yang lain. Selain dari itu juga, perkara tekanan dalam soal cinta ini tidak seharusnya di bawa sehingga ke tempat kerja kerana bakal mengundang kemerosotan dalam menjalankan tanggungjawab.

Cara yang terbaik adalah dengan mengadakan sesi perbincangan peribadi dengan rasa kesungguhan untuk mengatasi setiap permasalahan yang mengundang tekanan. Sifat toleransi serta peka perlu ditanamkan dalam diri setiap insan yang bercinta. Sekali lagi sikap tolak ansur menjadi pilihan yang bijak dalam menyelesaikan masalah ini.

Sama juga seperti masalah dalam keluarga, kepentingan rakan yang arif serta boleh dipercayai mungkin diperlukan untuk menjernihkan suasana keruh dalam hubungan percintaan. Namun yang demikian, terpulang kepada individu itu sendiri untuk menentukan pilihan jalan penyelesaian yang dianggap bijak sebagai motivasi diri.

Sekian

p/s : Kadangkala keakraban juga bisa mengundang salah faham dari sudut pandangan individu yang lain.

Dari Pena Penulis,


Comments

Mario said…
betul tu...cuma jgn sampai ketahap mengalami kemurungan...bahaya tu...
kdg2 berjogging dihutan rekreasi boleh mengatasi masalah2 tersebut...kadang2 bole je dilepaskan di blog sendiri tapi diprivatekan...hehe..dan paling utama... mengadu dgn-Nya adalah yg terbaik...
Semuanya bergantung kepada tahap ketahanan mental seseorang tu.. kadang2 terlalu emosional sampai mkn pon x lalu.. tekanan awek wathal yg bkn2 sampai ke tempat kerja efeknya.. hahhah..

klu sampai tahap murung tu da kes mental yang berat la.. hahha..
Unknown said…
salam...
bro...heeeeeee,sy merasakan,dunia sy semakin luas...bebas berkawan-kawan -bebas menimba pengalaman...alhamdulillah.. paling penting sekali,jaga hubungan dengan Maha Pencipta...Maha Agong..insyaAllah ditanggung beres.
dayah said…
elakkn mencari tekanan , carilah ketenangan
CJ, hubungan dengan-Nya pasti tidak boleh diputuskan.. kdg2 kwn-kwn nampak ape yang kite nampak.. renung2kan.. ;)
Dayah, kadang2 sebab terlalu nakmengelak makin tertekan pulak..
Mencari ketenangan bukanlah semudah mencari nasi di dapur.. :)
LadyBird said…
Salam yus.. lady suka artikel ini.. tidak melibatkan sebarang emosi..
Namun begitu, lady ingin membuat sedikit teguran.. terdapat lebih kurang empat (4) kesilapan tatabahasa di sini.. namun begitu struktur ayat kemas dan mantap. :)

p/s : kih3x.. gurau jer yus.. tapi kesilapan tu ade.. cube check balik :)
Chaon Cornerz said…
Perhubungan Keluarga:
jika tak diatasi dengan cara lembut pasti akan berlaku pecah belah dalam keluarga. Kadang-kandang kita perlu mengalah bagi mengelakkan pergaduhan untuk jangka masa panjang. Bila dah gaduh mesti tertekan dan jadi tekanan kepada kita

Masyarakat:
jangan selalu iri hati dengan kesenangan orang lain. nie tak.. hari2 nak mengumpat. lagi bertambah2 la iri hati terhadap seseorang tue.
Lady mana pulak nih?? hahha..
ok2.. artikel institusi rumahtangga tu agak mantap la jgk.. tapi ikot suka cik lady la nak pilih yg mana pon.. ;)
Perkh!! Chaon siap ulasan..
bagos2.. i loike!! hahha..
mcm nni la contoh komen yang bernas dan membantu.. =)
wachak said…
wa memang tengah berada dalam stress
di tempat kejer. Dapat partner macam
cilakeeeee !! Itu pasal tekanan
darah wa naik mencanak sebab nk
menahan perasaan marah ... hu33
LadyBird said…
sabar wa..
kat mane2 pun memang macam tu..
eizza pun hadapi mslh yg sama..
bergelut hebat dengan krisis rumahtangga org lain (rakan sepejabat.. sehinggakan terpaksa off handset.. kui3x..
Ieqa Swetluv said…
jika salah faham dpt diatasi dengan baik dan diakhiri dengan saling memahami dan sikap toleransi, maka keakraban lebih bertambah =)
ilek je chak..
tu barulah dinamakan cabaran.. hahha..
Kak ika, apeda masuk campur umahtgga org =P hahha..
patot pon klu sms dia x reply... kui3..
Cikgu Ika, nak memahami konflik bkn perkara mudah..
tapi kita perlu bijak mencari punca konflik itu..

barulah dpt -->saling memahami dan sikap toleransi, maka keakraban lebih bertambah