Assalamualaikum..
Benarkah seorang yang dipanggil lelaki itu dianggap tidak "GENTLEMAN" jika menangis?
Realitinya, kaum adam juga akan menangis mengikut kesesuaian keadaan, situasi yang dialami serta sensitiviti perasaan yang bergolak dalam hati. Lelaki adalah dari golongan yang sukar untuk menitiskan airmata berbanding perempuan. Mengapa begitu?
Melalui hasil carian maklumat, saya dapati bahawa golongan lelaki telah dilatih sejak azali bersama sifat egoistik serta tidak terlalu emosional. Kaum lelaki sebenarnya telah dikondisikan untuk mempraktikkan spektrum emosional yang bersifat keras, berhati kering atau statik. Perkara ini telah diwarisi secara turun-temurun sejak dari zaman dahulu lagi. Oleh itu, jangan menyalahkan kaum lelaki kerana bersifat kebal dan kurang sensitif.
Namun begitu, ini tidak bermakna kaum lelaki tidak menangis langsung. Ada juga di kalangan lelaki yang bersifat emosional terhadap sesuatu. Sebagai contoh, "putus cinta". Cuma tangisan itu jarang sekali ditonjolkan kepada umum. Bahkan ada juga golongan lelaki yang akan menitiskan airmata ketika menghayati sebuah cereka di kaca televisyen. Saya amat pasti akan perihal ini kerana saya pernah melaluinya. hahha..
Kaum lelaki juga mempunyai kadar atau nilai sensitiviti yang tinggi sebenarnya. Cuma, kaum lelaki lebih suka menyembunyikan rasa sedih atau kecewa itu kerana sifat keegoaan. Bagi saya, menangis umpama meratapi sesuatu yang mustahil untuk dimiliki. Setiap manusia itu telah ditentukan perjalanan hidup mereka. Mungkin ada individu yang harus melalui detik sukar dahulu sebelum menikmati yang indah. Tetapi harus diingat bahawa tidak semestinya yang indah itu akan berkekalan.
Rasanya cukup setakat ini saya membocorkan rahsia lelaki. Terimalah kenyataan bahawa kami kaum lelaki juga mempunyai perasaan yang bisa terluka. Betulkah bahawa nilai titisan airmata lelaki itu sangat mahal? Bagi kaum wanita, fikir-fikirkan ;)
Sekian.
p/s : Asam kandis asam gelugur,
Dua urat asam belimbing;
Menangis mayat dalam kubur,
Melihat papan menjadi dinding.
Dari Pena Penulis,
Comments
heh~
hehehe
ada org kata bila lelaki tu menangis, maksudnye die mmg sedih sgt2 yg mungkin dah tak tertahan.
menanges x dpt rokok?
grrr mcm ngade2 je =___=
badan kaku tidak bernyawa,
kita hidup atas ihsan Tuhan,
teruskan amal selagi berjiwa..
tgk je.. x reti nak pujuk..hehe
mmg gler r kalau laki menangis berrebut cinta atau putus cinta,,tabik spring woo.kah3
ok, kalau dari segi cinta or sbb ptus cinta dia nangis hmm tu maknanya dia sngt sygkan la pasangan dia tu..