Lelaki Menangis?

Assalamualaikum..

Benarkah seorang yang dipanggil lelaki itu dianggap tidak "GENTLEMAN" jika menangis?

Realitinya, kaum adam juga akan menangis mengikut kesesuaian keadaan, situasi yang dialami serta sensitiviti perasaan yang bergolak dalam hati. Lelaki adalah dari golongan yang sukar untuk menitiskan airmata berbanding perempuan. Mengapa begitu?

Melalui hasil carian maklumat, saya dapati bahawa golongan lelaki telah dilatih sejak azali bersama sifat egoistik serta tidak terlalu emosional. Kaum lelaki sebenarnya telah dikondisikan untuk mempraktikkan spektrum emosional yang bersifat keras, berhati kering atau statik. Perkara ini telah diwarisi secara turun-temurun sejak dari zaman dahulu lagi. Oleh itu, jangan menyalahkan kaum lelaki kerana bersifat kebal dan kurang sensitif.

Namun begitu, ini tidak bermakna kaum lelaki tidak menangis langsung. Ada juga di kalangan lelaki yang bersifat emosional terhadap sesuatu. Sebagai contoh, "putus cinta". Cuma tangisan itu jarang sekali ditonjolkan kepada umum. Bahkan ada juga golongan lelaki yang akan menitiskan airmata ketika menghayati sebuah cereka di kaca televisyen. Saya amat pasti akan perihal ini kerana saya pernah melaluinya. hahha..


Kaum lelaki juga mempunyai kadar atau nilai sensitiviti yang tinggi sebenarnya. Cuma, kaum lelaki lebih suka menyembunyikan rasa sedih atau kecewa itu kerana sifat keegoaan. Bagi saya, menangis umpama meratapi sesuatu yang mustahil untuk dimiliki. Setiap manusia itu telah ditentukan perjalanan hidup mereka. Mungkin ada individu yang harus melalui detik sukar dahulu sebelum menikmati yang indah. Tetapi harus diingat bahawa tidak semestinya yang indah itu akan berkekalan.

Rasanya cukup setakat ini saya membocorkan rahsia lelaki. Terimalah kenyataan bahawa kami kaum lelaki juga mempunyai perasaan yang bisa terluka. Betulkah bahawa nilai titisan airmata lelaki itu sangat mahal? Bagi kaum wanita, fikir-fikirkan ;)

Sekian.

p/s : Asam kandis asam gelugur,
      Dua urat asam belimbing;
      Menangis mayat dalam kubur,
      Melihat papan menjadi dinding.

Dari Pena Penulis,

Comments

APi said…
kadang kadang lelaki ni kalo nangis lagi terok kot dari perempuan..
heh~
Kech Hidayah said…
aku pernah tengok lelaki menangis sebab tak dapat rokok.bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dimiliki tapi keadaan tak mengizinkan.kesian.
Unknown said…
betol la mahal

hehehe

ada org kata bila lelaki tu menangis, maksudnye die mmg sedih sgt2 yg mungkin dah tak tertahan.
Unknown said…
kech,
menanges x dpt rokok?
grrr mcm ngade2 je =___=
dayah said…
tu gambar kech menangis. lelaki mmg xmacho ler kalo nangis dpn pompuan
Unknown said…
selimut putih membalut badan,
badan kaku tidak bernyawa,
kita hidup atas ihsan Tuhan,
teruskan amal selagi berjiwa..
ISZA said…
kenapa berteman ego jika airmata boleh merawat duka?
Chaon Cornerz said…
lelaki menangis tue sukar didapati dan terlalu berharga dalam detik kehidupannya. Percaya atau tidak, lelaki itu sanggup merendahkan egonya demi insan tersayang. nie lebih kepada masalah cinta la.. kalau bab2 tengok cita hindustan tue aku tak setuju la.. hahha...
Unknown said…
air mata lelaki bukan sebarangan...ahaks
Ieqa Swetluv said…
bagi ika normal je lelaki atau perempuan menangis.. cuma kena tengok rasional dia nangis atas sebab apa.. even lelaki egoistik, dia pun manusia biasa yang punya perasaan juga kan =)
touya said…
Aku pernah nangis lalalalalalala
aida said…
pernah juge tgk laki nages.~

tgk je.. x reti nak pujuk..hehe
Mario said…
klu tgk hindustan ko nangis...aku tak bole terima ok...nak nangis...msk toilet...jgn kasi pecah rahsia...haha
ape2 jer said…
haha kantoi ko penah nangis ekk?? psssst gtau arr psl pe ekekeke
aku suka menangis..nak2 time layan hindustan.haha

mmg gler r kalau laki menangis berrebut cinta atau putus cinta,,tabik spring woo.kah3
RerameUngu said…
well..bkn la sesuatu yg ganjil bila tengok lelaki menangis..in fact recently when my grandfather died, most of the man in the house ( i mean close relative) are crying...hahahaa

ok, kalau dari segi cinta or sbb ptus cinta dia nangis hmm tu maknanya dia sngt sygkan la pasangan dia tu..