Apa yang anda nampak - Islam, Etnik, Budaya, Adat


Islam, Etnik, Budaya, Adat

Assalamualaikum..

Sudah lama saya tidak berbicara isu kemasyarakatan dari sudut keagamaan. Asyik dengan isu cinta dan hubungan dalam masyarakat sahaja. Apa yang saya lihat mungkin berbeza dengan apa yang anda pandang dari sudut yang berbeza. Saya bukanlah ingin memperlihatkan kearifan cuma saya ingin tampilkan suatu perkara yang mencerminkan bahawa kepekaan kita terhadap sesuatu perkara itu adalah pada kadar yang tipis. Saya ketengahkan isu ini dengan tujuan kita dapat berunding dengan damai tanpa sebarang niat untuk menunjuk pandai. Mungkin saya tidak layak untuk membicarakan tentang perkara ini tetapi saya cuba untuk berkongsi beberapa perkara yang dipandang sebelah mata secara umumnya.

Saya tujukan pengisian kali ini kepada kita yang bergelar "Melayu Islam". Islam itu adalah agama tetapi bagi kebanyakan orang Melayu telah mengadaptasikan Islam itu sendiri ke arah budaya dan adat. Perkara ini berlaku kerana kita mewarisi kepercayaan yang ditanam sejak turun-temurun melalui salasilah nenek moyang yang terdahulu. Perkara ini merujuk kepada warisan amalan yang diajari dan bukannya pendidikan yang formal tentang Islam. Islam hanya pada nama dan asal keturunan.


Bagi mereka yang mempelajari tentang Islam sebenar pastinya mereka dapat membezakan antara Islam dan adat serta akan berani untuk bangkit mengenepikan amalan yang tersasar dari landasan ajaran Islam. Kebanyakan orang-orang Melayu keliru antara Islam dan adat. Ada sesetengah yang menganggap bahawa konsep antara keduanya adalah sama sahaja. Mungkin ada kalanya juga perihal adat ini didahulukan asalkan kewajipan dalam beragama tetap dilaksanakan. Saya ambil contoh mudah, majlis resepsi atau upacara persandingan. Kita melihat bahawa perlaksanaan rukun solat perlu pada waktunya tetapi kebanyakan majlis ini berlangsung pada waktu pertengahan atau secara jelasnya ialah pada waktu Zohor. Mentaliti orang melayu telah meletakkan rukun ini di petak kedua bermakna solat boleh dilakukan setelah upacara selesai. Jika ditangguh maka akan terencatlah aturcara yang sedang berlangsung. (Kebarangkalian melibatkan soal make-up atau lain-lain)

Kita dididik dengan pengetahuan tentang Islam berkenaan perkara yang melibatkan kepercayaan kepada unsur ghaib. Tetapi melalui apa yang diwarisi kita terdorong untuk mempercayai kuasa yang ada pada bomoh. Kepercayaan tradisi ini berterusan sehingga ke zaman millenium yang serba maju teknologi ini. Dalam ertikata lain, masih ada yang lebih mempercayai kekuasaan bomoh dalam mengubat sebarang penyakit dan kurang kepercayaan terhadap ilmu sains serta panduan Al-Quran. Majoriti masyarakat melayu akan pergi bertemu bomoh dahulu daripada melakukan solat hajat jika inginkan sesuatu di luar jangkauan.

"Biar mati anak, jangan mati adat" merupakan ungkapan puitis yang begitu memberi impak dalam dunia masyarakat Melayu dari dulu hingga kini. Jika difikir secara logiknya, apakah kita sanggup mengorbankan nyawa anak demi menjaga peraturan manusia yang dipanggil adat? Saya bukanlah hendak memperlekeh atau mempersenda warisan ini cuma dari sudut pemahaman, saya lihat bahawa bagi kebanyakan orang melayu begitu taksub untuk membudayakan adat daripada membudayakan suruhan dalam konteks agama Islam. Perihal warisan turun-temurun itu perlulah kena pada tempatnya dan jangan sampai bercanggah dengan peraturan Islam yang sebenar.

Pendidikan tentang Islam adalah sama sahaja walau di mana kita berada. Bukan hanya bagi orang Melayu bahkan pengisian ilmu berkaitan agama Islam adalah sama untuk apa kaum sekalipun. Cuma kefahaman tentang membudayakan adat itu yang perlu kita renungi semula. Asal agama Islam ini dari bangsa Arab tetapi tidak perlulah kita menjadi orang Arab  untuk menghayati kebenaran dalam ajaran Islam. Panduan sudah disediakan, rujukan kemusykilan boleh disuarakan kepada yang arif tentang agama benar di sisi Allah ini. Renungkan dan bincangkan.

p/s : Saya melihat dari sudut saya, dan anda melihat dari sudut yang berbeza. Mungkin apa yang saya rungkaikan di sini tidak sama dengan apa yang anda fikirkan.


Dari Pena Penulis,


Comments

mario said…
uik uik...ada link tu...hehe

mmg betul...kdg2 org keliru antara agama dgn adat...cth sanding...tp ntahla...susah nak ckp...

skrg makin takut tgk sikap tk kisah org kita...<===bole buat n3 ni...ekeke
ade kaitan boleh r letak link.. klu x sangkut paut buat semak aje.. wakkaka..

Aku nak kupas bab sanding tu tapi rase cam makin panjang pulak entri aku nih.. hahha..

tang topik yg ko kasi tu, rasenye elok ko buat dulu lepas tu baru aku link.. keh2..
Ieqa Swetluv said…
kena cuba pelajari n dalami agama.. jangan sampai adat mengatasi syariat, parah da tu =)
Ika, orang melayu mmg suka mengadaptasi sesuatu amalan daripada kepercayaan tentang apa yang mereka lihat.
ape2 jer said…
aku mmg kurang ckit bab adat2 ni hehehe
mmg bkn calon peberet mak2 pak2 mentua wakakaka
NichKhun said…
melayu tak smestinya islam kan?
ermm yus.. awk neyh da semakin matang neyh.. da boleh berfikir sejauh ini.. hakhakhak..

boleh pulak bia mati anak..
padahal doa anak soleh boleh tolong kita bila kita da takde esok2 kan.. adoyai...
Kurang xpe miss, jangan telebih.. hahha..
Cik Nikon, nama pon satu doa, kenapa guna nikon.. hahha..

Semoga kita tergolong dlm kaegori anak2 yang soleh solehah tu..
aida said…
boleh je wat kawin dalam pada waktu malam..
majlis kawen kawan pun pd waktu malam..

siang tu..adat je..
sbnrnya xperlu bersanding..tu adat juge..

kapel pun x leh dalam islam.. hehe

tunang la masa yg plg sesuai utk kenal.. tapi org skrang anggap kalau putus tunang tu kira boleh menjatuhkan maruah keluarga.

renung2 kan.. slamat beramal..
Unknown said…
ok..sy budak degill..tp saya suke denga ceramah..tapi sy ta suke denga org membebel..bebel=cakap tanpa dalil=hujah yang mungkin salah,mengandungi falasi...

dulu-dulu,sy salu expect kalau org yg menjaga aurat nih mesti student yg amek kos agama..syariah...padahal tutup aurat tuh wajib...

adat lak,nasib baik lah famili sy lbh pentingkan agama bbanding adat..

erk...pengantin kalau bersanding tengahari,waktu pagi tuh dh siap mekap...kang dh dekat magrib baru tanggal mekap n baju.mekap mahal tuh bro...harap2 diorag dh mudhuk sebelum mekap...bermekap pon boleh solat kan bro??
LadyBird said…
masyarakat kite kebanyakan lebih utamakan adat dan pandangan orang daripada pandangan agama.. mereka sanggup meninggalkan agama dan sanggup berhutang semata-mata untuk menjaga adat.. sedihnya dengan masyarakat sekarang..