Assalamualaikum..
Rasa kurang enak jika saya ditinggalkan ruangan blog ini kesepian tanpa sebarang karangan melara jiwa. kah2.. Masin mulut si Nisa, 2 hari yang lalu kami saja berbual-bual kosong di laman interaktif facebook tentang bantuan mangsa banjir di Kedah. Hari ini tanggal 11.11.10 saya menerima arahan daripada pihak atasan untuk menghantar bantuan asasi kepada mangsa-mangsa banjir di sana. Maknanya saya akan berkelana ke utara tanah air dan sekali lagi akan meninggalkan persada maya di ruangan internet ini. Tujuan penulisan ini sekadar pemberitahuan bahawa saya bukanlah sengaja menghilangkan diri senyap-senyap pergi kahwin. hehheh..
Berbalik kepada peristiwa bencana alam yang berlaku di Kedah. Saya ada juga berasa terkilan melihat dan membaca tabloid-tabloid tanah air yang sengaja menjadikan isu sebegini sebagai daya tarikan yang bersangkutan dengan hal politik. Persoalan yang bermain dalam kepala saya adalah, mengapa perkara atau bencana yang berlaku perlu dipolitikkan.
Saya bukanlah seorang yang aktif dan arif berkaitan hal-hal politik, tetapi melalui pembacaan saya rasa terkilan dengan tindakan sesetengah pihak yang menjadikan isu sebegini sebagai batu loncatan dalam hal berkaitan politik. Dalam ertikata lain ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan berpura-pura menjadi "malaikat" dalam menyalurkan sumber bantuan kepada mangsa-mangsa yang ditimpa musibah ini. Walhal ada agenda tersembunyi di sebalik bantuan yang dihulurkan.
Perkara yang melibatkan bencana alam tidak seharusnya dibangkitkan sebagai isu menuding jari tetapi semua pihak perlu bekerjasama dalam menyalurkan bantuan dengan apa cara sekalipun. Di sinilah perlunya keserasian antara pihak-pihak tertentu untuk bekerjasama dan bukanlah saling menunjuk hebat. Apabila hal sebegini berlaku, secara tidak langsung faktor keikhlasan mula dipandang serong.
Kesimpulannya, saya yang turut terlibat dalam menjayakan penghantaran bantuan asasi kepada mangsa yang mengalami bencana berasa kurang selesa berikutan perihal "mempolitikkan" bantuan. Walaupun bukan hal yang saya perlu fikirkan tetapi sedikit rasa terkilan terbit di lubuk hati. Sewajarnya kita berfikir ke arah kemanusiaan dalam menangani isu-isu sebegini namun masih ada yang cuba mengambil kesempatan menjadi "talam dua muka". Sekian.
p/s : Perkhidmatan penghantaran, pindah rumah @ pejabat, hand carry, Semenanjung dan Sabah, Sarawak (24/7) - Hubungi 012-6936121 (YUS)
Dari Pena Penulis,
Comments
hati2 di dalam banjir
p/s: jom main miskol.. hahha..
jangan lupe bawak pelampung..
leh main air sekali :P
tp pastikan pandai berenang dulu :P
nk juga kad kawin ... he33
yus!jangan hanyutkan diri!pulangla ke pangkal jalan kalau hanyut.sesungguhnya kami sebagai kawan masih sudi menerima kau seadanya...ekekekeke...
main miskol aku suke.. kah2..
p/s : kad kawin aku tag kat fesbuk je.. kui3..
siyes x pandai berenang.. so mmg kene bwk bekal pelampung.. hahha..
nak no tipon weh.. kekekke..