Pernahkah Anda Mengalami...

Pernahkah Anda?

Assalamualaikum..

Kebiasaannya saya rasa keletihan yang amat sangat jika terpaksa bertugas ke luar kawasan, tapi lain pula rasanya untuk kali ini. Letih memang ada tapi tidak sampai overdose macam selalu. hahha.. Semalam semasa balik dari Alor Setar, Kedah saya sempat "mengular" ke Pantai Merdeka. Berehat seketika menikmati pemandangan sambil makan-makan supaya mudah melelapkan mata. Ternyata pemandangan pantainya sungguh mendamaikan disulam pula dengan kelibat awek-awek Kedah. Kui kui kui..

Sebenarnya saya kebuntuan idea untuk menulis pada saat dan ketika ini. Mengapa ini boleh berlaku? Adakah kerana faktor kepenatan yang terlampau? Pernahkah anda mengalami masalah seperti ini? Saya mengambil kesempatan dalam kebuntuan idea sebegini untuk bertemu beberapa rakan blogger di luar sana agar idea muncul kembali. Ternyata usaha saya ini berhasil. Setelah bertentang mata dengan saudara Mijae dan Miro, secara tiba-tiba idea karutan muncul dengan begitu jelas sekali. hahhah..

Apabila perihal kebuntuan idea berlaku kepada saya, ilham untuk menulis dengan kewajaran dan kewarasan memang tidak mahu timbul langsung. Nasib baiklah saya sudah menyediakan suatu kategori khas sebagai panduan untuk saya terus berkarya di ruangan blog ini. Edisi karutan! Sesuai dengan tajuk besar kategori ini, sememangnya pengisian yang terkandung akan merepek tetapi masih lagi melalui landasan yang benar. Maksud saya ialah, setiap isi yang ingin disampaikan masih lagi mengikuti setiap tatatertib penulisan umum serta tidak menyentuh sensitiviti orang lain.

Beginilah lumrahnya jika kita memiliki blog. Mahu atau tidak kita perlu mencurahkan sedikit waktu terluang untuk sesi update. Perihal mengemaskini ruang blog seperti menjadi suatu rutin yang termasuk dalam kategori "wajib buat". Al-maklum sajalah, sebagai orang baru dalam dunia blog ini saya perlu bertungkus-lumus untuk memperkenalkan jenama yang dibawa agar terus diingati oleh para pembaca. 

Kepentingan mengemaskini ruangan blog ini bukan sahaja dapat mendekatkan kita dengan rakan-rakan blogger bahkan dapat mencergaskan kembali aktiviti minda. Dalam waktu yang sama pembaca yang mengikuti perkembangan blog kita juga akan terus menerima perkhabaran. Tidaklah sunyi tanpa berita. Cukup sekadar pemberitahuan yang kita masih lagi mengambil berat tentang dunia blog dan mengutamakan pembaca. Bukan sekadar update facebook.

Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa ada juga kebaikannya saya meletakkan sebuah kategori yang berbentuk karutan sebegini. Sekurang-kurangnya saya dapat mengatasi masalah kebuntuan idea yang kronik sehingga tidak ada langsung bahan untuk ditulis. Marilah bersama-sama mewujudkan ruangan "karutan" agar kita mampu terus bekarya dan bekarya lagi. hahha.. Sekian.

p/s : Saya tidak arif tentang tips untuk mengorat, jika ada kenalan yang sudi berkongsi dialu-alukan. keh2..

Dari Pena Penulis,



Comments

touya said…
Jom mengart sesama
RerameUngu said…
hahaha..karutan yang kebuntuan eh....

penah rasa camni..bila penat terlampau dan mida takleh nk pk bebtul dah..hehe
Mario said…
walaupun karut tp tetap berbahasa indag...cayuk cayuk
Chaon Cornerz said…
aku takde fb weh.. macam mane nak tgk dorang tue post ape? hahha.. Ko sentiasa ada idea kot.. bagi tajuk je dah siap 1 entri.. hahha..
NichKhun said…
yawwwww... takde keje? mst bosan sangat kan? hakhak
Kech Hidayah said…
mengarut ape neh yus?jom mengarut same2...hahaha..
ape2 jer said…
erkk aku hari2 mengarut wakakaka
Jari Finger said…
saya setuju Yang Arif..

jenuh gak berhujah balas dengan Yang Arif nih
humaini said…
mantab nih mas ...

ziarah sore...