Kenapa Joe Grimjow? Kalaulah Azizan Kadir...


Assalamualaikum..



Hahhaha.. Gelak sebentar. Pasti anda sudah meletakkan suatu tanggapan yang ingin mendiskriminasikan tajuk entri saya kali ini. Ini bukan sebuah coretan kontroversi melibatkan dua orang tokoh blogger yang diminati tetapi ilham penulisan saya kali ini muncul secara tiba-tiba melalui entri yang mereka terbitkan. 

Kiasan kata-kata yang tersirat disebalik lembaran entri mereka ini telah menarik minat saya untuk berkias juga. Bukan dengan bahasa tinggi tetapi dengan secebis idea karutan. Saya adalah seorang silent reader yang suka membaca lampiran dari para blogger secara terperinci lagi halus. 

Penterjemahan yang dapat saya lihat melalui terbitan entri terbaru daripada kedua-dua blogger di atas adalah berkisar tentang topik identiti. Jika saudara Azizan Kadir berbicara tentang Mozilla seharusnya anda jangan memandangnya sekadar sahaja. Terlalu dalam maksud yang ingin disampaikan. Mungkin tafsiran saya ini meleset sama sekali tetapi mungkin juga ada benarnya. Yang pasti orang yang lebih mengetahui adalah penulis itu sendiri.

Melalui pengamatan saya, entri saudara Azizan adalah tentang kehidupan blogger itu sendiri. Walau apa keadaan atau situasi sekalipun seharusnya kita bisa menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran secara stabil. Maknanya biarlah kita bersikap dan bersifat disenangi. Walau apa jua yang kita lakukan semoga segalanya bisa dikenang dan terus diingati. Umpama Mozilla yang selalu crash tetapi tetap menjadi pujaan ramai. hahha..

Joe dengan persoalan "kenapa blogger" begitu dan begini dalam beberapa sesi. Perkaitannya masih lagi berkisar tentang soal identiti. Bermula dari sesi pengenalan sehinggalah ke kemuncak persoalan yang difikirkan oleh beliau. Pada pandangan saya, tujuan entri saudara Joe kali ini adalah sebagai renungan bersama buat segenap blogger agar jangan terlepas pandang dan terlalu memilih.

Apa yang dapat saya terjemahkan melalui coretan saudara Joe adalah tentang ingatan beliau kepada para blogger agar terus meletakkan diri setaraf sahaja. Bukan faktor populariti yang dikejar semata-mata sebaliknya biarlah komuniti blogger kita ini terus gah kerana sifat saling bantu-membantu. Setiap blogger itu mempunyai kelemahan sendiri yang tidak bisa ditanggung dan setiap dari kita juga ada kelebihan yang mampu menutupi kelemahan yang ada dalam komuniti ini. Biarlah kita kekal dengan identiti yang mudah dikenang oleh pembaca dan terus-menerus maju ke hadapan. Selagi tidak melanggar tatasusila bicara yang meruntuhkan atau melukakan, teruslah berkarya dengan gaya penulisan yang tersendiri.

Saya mengenali kedua-dua mereka bukan hanya di ruangan blog sahaja malah kami telah berkali-kali bersua-muka dan bergurau-senda. Perkongsian dari sudut pengetahuan dan pengalaman adalah amat penting sekali sebagai tiang yang mengukuhkan komuniti blogger. Tidak perlulah ada sifat meninggi atau merendah diri dalam dunia blog ini selagi bahan yang kita tampilkan membawa pengiktibaran buat semua. Apa pula pandangan anda? Sekian.

p/s : Joe ngan jijan sila jange marah kawe kalu tafsiran kawe nih meleset samo sekali.. Apa yang aku nampak mungkin x sama dengan apa yang org lain tengok.. hahha..

Dari Pena Penulis,

Comments

Amir Izzat said…
Assalamualaikum!

Saya suka entri ini dan mereka. Betul, alangkah bagusnya andai tiada perbezaan antara kita. Kita sama...kan?

Apabila bersua tidaklah terasa kekok. Apabila bertemu tidaklah terasa segan.
Apabila makan, lantak suma. Haha.

Ok! Dan saya setuju apa di atas. Ok?

-dari anon yang baik. Bukan cik anon ye. Hehe-
Amir Izzat said…
Assalamualaikum!

Saya suka entri ini dan mereka. Betul, alangkah bagusnya andai tiada perbezaan antara kita. Kita sama...kan?

Apabila bersua tidaklah terasa kekok. Apabila bertemu tidaklah terasa segan.
Apabila makan, lantak suma. Haha.

Ok! Dan saya setuju apa di atas. Ok?

-dari anon yang baik. Bukan cik anon ye. Hehe-
betul tu.saya sangar setuju dengan awak...ada dikalangan blogger yang ske merendah kan semangat dan kebolehan orang lain...sepatutnya saling sokong menyokong kepada perkara yang baik. dan jika ada pula perkara yang x baik haruslah ditegur secara berhemah.bkan mengkriti dengan cara x sopan. bagus entry ini.=)
wachak said…
Terima seadanya. Baik browser yg kita guna mahu pun blogger yg kita kenal.
pilotHans said…
kalau seseorang tue xske digelar blogger mcmaner? haahah....bukan sbb xpakai blogspot(mmg xpakai pun) ..rasenye mmg btul laa nak sesuai satu browser jer...nk dpt sesuai semua agak sukarla...tp ade caranya but sy xingat apa namadia..mcm verified xtml ke ape mende ntah..hahaha..

p/s sy bukan blogger, just a normal writer :p lol...
Kech Hidayah said…
blogger yang aku nampak sekarang - blogger malas dan blogger rajin. hahahha.

kalaulah aku 4shared.com yang mengandungi pelbagai lagu yang mampu menjadi latar kehidupan orang2 yang aku sayang alangkah bahagianya.
dayah said…
hah betulla setaraf tp dlm hati mcm lain je dikata.
fiezaradzi said…
1st time dtg sini.. de benarnye entri ni.. sedangkan manusia pun setaraf je, apatah lagi blogger.. (blogger pun manusia gak kan.. hehee)