Assalamualaikum..
Ini adalah sebuah entri khas sebagai tanda pengucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seorang blogger yang saya anggap sebagai kakak yang garang. Beliau merupakan salah seorang kenalan blogger yang agak rapat di awal penglibatan saya dalam bidang penulisan blog. Berkhidmat sebagai seorang guru Matematik. Kini menetap di Ipoh Perak. (Dekat-dekat rumah Touya agaknya)
Pada 27 Februari 2010 saya telah menyertai suatu pertandingan yang dianjurkan oleh beliau."KONTES MATEMATIKOMEN" -ChekguIsza
Pengumuman para pemenang telah diberitakan pada 10 Jun 2010. [Keputusan Contest Matematikomen - Tahniah Kepada Anda]
Alhamdulillah, dengan berkat kesungguhan saya memerah otak hasilnya penyertaan saya telah dipilih sebagai salah satu pemenang. Saya sangat berterima kasih kepaa seluruh tenaga kerja iaitu para juri yang telah memilih penyertaan saya serta disenaraikan sebagai pemenang. Semua penyertaan adalah hebat-hebat dan saya sangat bersyukur kerana tersenarai.
Hadiahnya telah saya terima hari ini 13 Januari 2011 berupa sebuah buku ilmiah "Panduan Fardhu Ain Lengkap Bergambar - Indahnya Hidup Bersyariat". Sekali lagi ucapan terima kasih kepada penganjur, Cikgu Isza. Insya-Allah saya akan berkunjung ke rumah akak untuk menikmati hidangan tengah hari. hahha..
Sekian.
Comments
boleh thn jgk ko masuk contest..aku mls skit.nak2 yg jenis taip2 entri..hehe
Dulu2 aku rajin la, sekarang ni je macam dah berubah kepada mood malas..
semoga ada manfaat darinya..
jemput dtg makan kat rumah akak tapi jangan lupa bawa gulai ikan patin tau..
hahaha... :D
kuikuikui..
Insya-Allah buku ni mmg seronok untuk dibaca.. nak2 pulak siap begambar dan bewarna pulak tu..