Gambar Hiasan |
Bertemu kita lagi di lembaran elektronik di ruangan maya penuh sinopsis suka-duka. Tergerak di hati lalu tercetus di minda untuk saya kembali berbicara tentang cinta. Topik kali ini bakal membicarakan tentang "Cinta Gila". Ironiknya tentang cinta ini ialah, kehadirannya tidak mengenal usia. Betapa gilanya cinta itu sehingga mampu mengubah seseorang daripada normal kepada gila. hahha..
Seperti yang kita sedia maklum, cinta membawa pelbagai tafsiran dari pandangan yang begitu subjektif. Saya tidak mahu berceloteh tentang tafsiran cinta. Sila rujuk di sini. Objektif cinta cuma ada dua. Yang pertama adalah bahagia dan yang kedua adalah merana. Anda yang melahirkan rasa cinta. Anda yang dilanda cinta. Dan anda juga yang menentukan hala tuju cinta yang telah anda wujudkan itu.
Cinta gila bukanlah bermaksud cinta antara orang-orang yang gila. Kehadiran cinta mencetus paradigma yang tidak boleh diduga. Persepsi dalam meneruskan jalinan cinta meresap masuk ke dalam mentaliti dan diaplikasikan melalui beberapa kaedah munasabah iaitu sulaman kata-kata dan juga tindakan susulan yang membawa pengertian luahan rasa cinta. Kewujudan cinta adalah sekadar entiti yang merangkumi perihal emosi seterusnya mencetuskan fenomena berkasih-sayang.
Bahagian gelap cinta gila saya tafsirkan sebagai luahan janji-janji yang melampaui batas akal. Contoh : "Demi cinta lautan berapi sanggup kurenangi". Suasana romantik secara tidak langsung memenuhi ruang hati insan yang sedang bercinta sedangkan kebenaran ungkapan itu dengan jelas kita ketahui hanyalah sekadar dusta yang tidak logik.
Sejauh mana kita mengenali pasangan kita dalam bercinta? Ada beberapa faktor yang mencerminkan cinta itu gila. Seringkali kita dengar tragedi luar batasan kemanusiaan hanya kerana cinta. Sebagai contoh mudah, apakah relevannya Fasha Sanda berbikini di Bali hanya kerana rasa cemburu dengan tindakan kekasihnya yang bercuti dengan ahli keluarga bekas isteri? Ini menunjukkan bahawa cinta itu mendorong sesetengah individu mengambil tindakan melalui jalan singkat serta tidak relevan.
Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa cinta yang waras adalah berlandaskan kejujuran melalui keperyaan yang ikhlas dalam konteks munasabah terhadap pasangan kita. Cemburu itu perlu ada pada kadar yang seimbang dengan keadaan, kebenaran dan penjelasan yang tepat. Biarlah perjalanan cinta yang kita ciptakan itu bertepatan dengan kehendak hati untuk menikmati kebahagiaan. Biarkan cinta itu buta diselaputi unsur-unsur keperibadian yang bersifat mempertahankan keutuhan cinta. Cinta boleh merubah pendirian seseorang tetapi dengan pegangan intipati kewarasan, cinta gila akan berkubur.
p/s : Wajah itu adalah ilusi yang mengaburi mata hati untuk menilai aspek peribadi. The best way out of difficulty is through it.
pss : Setiap paparan gambar tiada kena-mengena dengan usul yang diketengahkan. Harap maklum.
pss : Setiap paparan gambar tiada kena-mengena dengan usul yang diketengahkan. Harap maklum.
Comments
kawe sayang cik effie kawe ja.. kekekke..
fasah pun ada
terbaeekkk!!!!
singgah pagi dari mknace unlimited
gambar tu hanya untuk tatapan karutan.. kah2..