Assalamualaikum..
Apa yang hendak dibebelkan di awal tahun ini agaknya. Kebuntuan untuk berkarya dengan berhemah menyelubungi segenap pancaindera. Idea seakan-akan tidak mahu hadir di ruangan minda. Tapi keazaman untuk terus mencetuskan luahan rasa menjadi pemangkin untuk diri ini terus menaip walaupun dengan nada yang teragak-agak.
Cabaran pertama saya pada tahun ini adalah untuk menghentikan tabiat yang dipandang buruk. Ok, saya mencabar diri saya untuk berhenti merokok 100%. Ini merupakan cabaran terbesar dalam hidup saya untuk mempraktikkan slogan "Tak nak merokok!". Cabarannya bukanlah hanya bergantung pada kebolehan saya untuk menjauhkan diri daripada rokok itu sendiri malahan saya perlu menguatkan mental dengan pengaruh persekitaran.
Pengaruh utama yang perlu saya tangkis adalah pengaruh daripada rakan-rakan sepermainan harian. Ada yang menyatakan sokongan dan ada juga yang menyatakan keraguan dengan azam saya ini. Yang pastinya saya akan terus memantapkan semangat untuk berjuang. Akan saya buktikan kemampuan saya menjauhi gejala merokok ini.
Cabaran kedua adalah cabaran untuk berjimat-cermat. Perkh!! Ini juga merupakan cabaran yang besar bagi saya. Saya adalah seorang yang akan membeli kerana pandangan pertama itu adalah sangat menarik. Bukan hobi membeli-belah cuma saya lebih suka memuaskan hati sendiri dengan membeli benda yang mengarut. Yang penting hati gembira. Mencabar kewibawaan juga untuk menepis godaan gadget mengarut.
Dari aspek lain pula, saya ingin berazam untuk terus berkarya dengan kreatif dalam dunia blog ini. Maksudnya saya akan cuba memperbaiki setiap luahan rasa dari sumber hati melalui penulisan yang indah dan kemas. Menulis bukan kerana nama tetapi kerana kepuasan berceloteh dengan gaya tersendiri. Semoga azam tahun baru saya ini akan tercapai hendaknya. Insya-Allah.
Sekian.
p/s : Delusi akan terus menghantui si pemikir alam khayalan.
Dari Pena Penulis,
Comments
Kalau rokok tu wa pon tak beran nk berenti la bro.nape ntah,asek2 kalau g mana2,kompem kene ade sekotak dalam poket.kalau tak,panas dada.hehe.
Ape2 pon,ku doakan bro cepat2 berenti dari bende yang boleh mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri.
'Orang yang menyiksa diri sendiri,adalah dari tangannya sendiri' Tu yang aku jumpe dalam ceramah mana ntah.hehe.
Selamat maju jaya bro yus!!
~ wa sudah 6 tahun bebas sepenuhnya dari aktiviti merokok ni. Nak petua ?? amalkan seperti diatas ... keh33
^^..
terbaeekkk!!!!
su manje sokong cadangan bro wachak tu.....
ape pun hati kene kering...
chaiyok!
aku try la miro..
Aku da try idea ko tu chak, xjalan la weh.. kah2..
Aqu Api, aku rase2 luck aku baik kot thn ni.. hahha..
mknace, mmg azam terbaek la klu terlaksana.. hahha..
Kech, aku ajak2 ayam je la.. emosi kwn2 nak kene jaga jugk.. merokok ni dpt hilangkn tekanan.. tapi aku nak ubah persepsi tu dari mentaliti aku.. hahha..
Su, skang ni su sokong wachak ke sokong yus?? hahhah..
Afzan, yes la.. Insya-Allah terlaksana.. ;)
Epul, jgn cube2 isap rokok, susah nak benti..
i sokong 500% utk u berhenti merokok...hehehehehe...
gudluck weh..klu rase x ley benti jugak moh kita ke kolam renang..bole benti klu rajin berenang tu.haha
p/s : aku x pandai berenang
aku baru je nak pow ko, aku da x beli rokok skang nih.. hahhah..
mana nak fikir pasal bahaya kesihatan.
1.1.11 11:11 pagi Dimana Ali ridha?