Kontroversi - Anugerah Juara Lagu 25

Assalamualaikum..

Salam mesra di pertemuan edisi karutan. Heboh, kecoh sana-sini membicarakan tentang Juara Lagu ke 25 baru-baru ini. Kekecohan paling hangat adalah tentang pelbagai laman Fan Page kontroversi di laman sosial paling top (Facebook) tidak bersetuju dengan kejayaan yang dirangkul oleh Ana Raffali. Ramai yang memihak kepada Faizal Tahir nampaknya. hahha..

Pelbagai spekulasi Jahat (Stacy) timbul menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kejayaan seseorang walaupun pada hakikatnya individu itu memang layak digelar juara. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali) kalau-kalau ada ayat aku yang mungkin menyinggung perasaan. Aku cuma ingin Mencari Konklusi (Hujan) tentang perkara yang sedang berlaku sekarang. Kita bukan menonton drama lakonan Sofea Jane (Black) tetapi kita menonton pertandingan merebut takhta Juara Lagu.

Kejayaan Extravaganza (Bunkface) milik Ana Raffali sepenuhnya pada malam Anugerah Juara Lagu Ke-25 itu dilihat seolah-olah Drama King (Meet Uncle Hussain). Pelik betul aku dengan tanggapan umum sebegini. Mengapa mahu mempertikaikan keputusan muktamad yang dibuat oleh para profesional? Sememangnya bukan semua perkara yang diingini akan berlaku seperti Cinta Sempurna (Yuna). Penganugerahan kali ini bukanlah Noktah Cinta (Hafiz) para peminat terhadap penyanyi yang disukai. Tahun depan boleh cuba nasib lagi.

Aku sangat pasti bahawa setiap keputusan juri pada malam itu adalah professional dan bukan atas dasar pilih kasih. Oleh yang demikian peminat-peminat Faizal Tahir janganlah terus Hanyut dengan desakan emosi semata-mata. Anggap saja ianya sebagai Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir). Pasti Faizal Tahir sendiri akan berterima kasih di atas sokongan peminatnya dengan bisikan Ku Ada Kamu (Adira) dalam hatinya. hahhah..

Jangan selamanya hidup dalam suasana kontroversi. Anggaplah bahawa kejayaan yang dirangkul oleh Ana Raffali pada malam itu sebagai Pelita (A.P.I) yang menyinari industri muzik. Tidak perlulah kita Berlari (Tomok) dengan penuh rasa kemarahan serta melemparkan pelbagai tohmahan. Kita sebagai peminat seharusnya menyokong industri muzik ini tanpa rasa diskriminasi. Selamat Malam (Faizal Tahir).

Sekian.

p/s : Ini hanyalah sekadar penulisan berbentuk karutan. Jangan biarkan hidup anda diselubungi… kontroversi... 

Dari Pena Penulis,




Comments

Unknown said…
pandai die olah ayat yer.. :) semua lagu ada..
mijae said…
saya mencari yang berbakat, bukan cari yang popular - m.nasir
TimMie said…
menarik! ^^

p/s: sedih tngok muka shahir pucat je mlm tu
Anonymous said…
menjadi!
amirulez said…
lagu mnasir, nash, siti, ziana xnak masuk skali ke?? hee..
Cik Effie said…
Salam..Nice entry..I like it dear!Hei guess what..ILY!
Mario said…
sungguh kontroversi bila dorang tak jemput Search untuk perform...huh!!!
eQuRlz, bkn pandai.. pandai2 je.. hahha..
Mijae, klas demo.. supo profesional demo punyo pandangan.. tambah lagi.. demo meme hensem.. hahha..
Timmie, bukankosong.. karutan je nih.. hahha..
amirulez, aku smpat carik idea lagu2 yang bertanding je.. bkn senang nak sambung2 nih.. hahha..
Effie.. idea ngarut la cik.. guess what.. ILY2.. hahha..
Mario, kah2.. search da letih tu bnyak sgt wat konsert.. bkn x jemput tp dorang nak berehat kot.. hahha..
wachak said…
antara yg terbaik karutan ko.


Dan wa tersenyum dua kali untuk AJL kali ini. 1st ana raffali menang. 2nd FT kalah ... wakakakaka
hahhah.. ade mase kene ngarut2 jgk chak.. x boleh la nak siyes je manjang..

p/s : wa layan bola mlm tu.. kah2..
ape2 jer said…
rio search penat mlm tu..tu psl x de..dah tua kan x larat wakaka
Cik Tetra said…
wah bagusnye mengolah ayat!!! good job!! lawak!! :D