Apa pandangan anda tentang hubungan sejenis? Saya pasti persepsi pertama yang bakal timbul adalah berunsur negatif. Saya tidak mengatakan bahawa hubungan sejenis itu adalah "baik" kerana dari sudut pandangan jujur, saya tetap menganggap bahawa hubungan sebegini adalah dalam kategori hubungan terlarang. Cuma apa yang saya ingin bangkitkan di sini adalah tentang perkongsian cara hidup dan nilai sentimental dari perspektif yang berbeza.
Perihal hubungan sejenis adalah perkara luarbiasa yang dianggap normal oleh kebanyakan manusia dewasa ini. Bahkan di negara barat telah diwartakan suatu perundangan yang membolehkan perkahwinan dengan kaum sejenis. Melalui pembacaan saya dari sumber majalah TIME, artikel yang ditulis oleh John Cloud menyentuh tentang kebarangkalian serta kemungkinan yang berlaku melalui perbandingan yang melibatkan hubungan sejenis (gay @ lesbian) dan juga hubungan lurus pasangan dari jantina berbeza (straight pairs).
Dari sudut pemahaman saya, beliau menulis tentang isu kebahagiaan, keretakan serta mainan perasaan yang berlaku dalam setiap perhubungan dari dua kategori ini. Beliau menulis tentang pengalaman mereka-mereka yang melalui cara hidup berpasangan sama jenis dan merungkai rentetan perjalanan serta luahan emosi yang berlaku sepanjang hubungan mereka berlangsung.
Benar kata orang bahawa cinta itu sememangnya buta. Tidak kira percintaan itu dialami atau terjadi kepada pasangan dari jantina berbeza mahupun sejenis, namun perasaan tentang cinta itu tetap sama. Apa yang saya maksudkan ialah, perkara-perkara yang dialami sepanjang percintaan pasangan normal juga dialami oleh pasangan sejenis. Antaranya adalah cemburu, bertengkar, pujuk rayu, bicara romantis dan sebagainya.
Melalui kajian para psikologi barat, mereka mendapati bahawa pasangan dari kaum sejenis adalah lebih jarang bertengkar antara pasangan mereka jika dibandingkan dengan pasangan lurus. Namun begitu, jika berlaku sebarang pertelingkahan, pasangan sejenis adalah lebih sukar untuk berbaik semula. Menurut kajian itu juga mereka yang menjalin hubungan sejenis lebih kerap berpisah dan bertukar pasangan.
Kepada anda yang membaca penulisan saya ini sila lemparkan jauh-jauh tanggapan anda tentang diri saya. Saya BUKAN gay. hahha.. Saya masih mampu menilai perkara-perkara dilarang dengan akal yang waras. Artikel ini hanyalah sekadar perkongsian yang perlu dipandang secara rasional tentang emosi dan bukanlah berunsurkan diskriminasi. Saya memohon maaf jika artikel ini menyentuh sensitivi mana-mana pihak. Sekian.
p/s : Pernah gempar tentang isu hubungan sejenis di Malaysia tentang pengakuan seorang jurutera yang berterus-terang tentang kesedaran hala-tuju orientasinya dalam perhubungan. Hubungan sejenis itu adalah suatu hubungan yang dilaknat. Anda pembaca yang bijak dan anda mampu menilainya.
Dari Pena Penulis,
Comments
hahahaha :P
ery komen tu wahahahaha
amacam, hensem x model2 tu.. kui2..
mcm confession je kn?? kui2..
weh, ery rindu ko kawe la tuh.. hahha.. tok pom ko mat jajan..:P
ini pengakuan pntg utk mmbuktikn yang aku masih teruna.. kekekek..
siyes, takot2 je time nak publish ni.. kui2..
da tau dah kat situ..
Ramai sgt awek nak kat dia.. kui2..
baju tu kebetulan je la weh.. cettt..
lagi nak berahsia.. hahhah..
sbb pikir 1 hari bile dorag da besar..pandai laa dorag ubah sbb da besar.hakikatnya...da sebati dalam diri..susah woo nk ubah..tp bile diri dekat dgn tuhan dan al Quran sbgai panduan..xde la jadi cmni.
ALLAH sntiasa mmberi keampunan kpd mereka yg bertaubat...
cam xleh bayangkan klu eqa ada perasaan kt perempuan jgk..cmne yer les , gay ni bleh ada prasaan kt sama jantina..
tp klu yg les ni slalu nya pengkid la..yg eqa pelik lg klu pengkid tu awek die mesti lawa giler..
btw..mana zizan pegi???lama xnmpak die..demam campak lg ke??
meh singgah di "http://syafiqahmohmad.blogspot.com/"
sebab ada org pernah tegur.. where is ur gay friend? Mr. T dgn selamba cakap.. ada jer kat bilik! :P haha... sebab Mr. T tau... Gay = Happy!
btw, artikel ala2 berkenaan nie ada kat blog Mr. T, dlm kategori = '21SX'....
check it out my friend..
http://www.tercabut.blogspot.com