Assalamualaikum..
"Secret Admirer" atau lebih menyeramkan lagi jika diucapkan dengan gelaran "Peminat Misteri". Isu kemasyarakatan yang jarang kita ambil peduli bahkan seringkali kita biarkan ia berlaku tanpa mengambilkira kesannya. Betul atau tidak? Adakah anda berada dalam situasi diminati secara rahsia atau mungkin anda adalah seorang peminat misteri itu? Tepuk dahi anda dan fikir-fikirkan sejenak.
Secara rasionalnya bagaimanakah perkara sebegini boleh berlaku dan mengapa ianya terjadi? Pada pandangan saya, isu "peminat misteri" ini berlaku kerana sifat malu seseorang individu itu menyelubungi personaliti dan mentaliti. Dari sudut lain pula mungkin kerana kedudukan atau perihal darjat menjadi ukuran sehingga menyebabkan seseorang itu bersifat memendam rasa sahaja. Populariti dari aspek pergaulan juga mungkin boleh menyebabkan perkara ini berlaku.
Kewujudan individu yang menjadi "peminat misteri" ini juga ada pelbagai jenis. Ada dari kalangan mereka yang begitu obses dengan individu yang diminati sehingga membangkitkan rasa kejanggalan serta rasa kurang selesa. Tindakan fanatik si peminat misteri begitu menjengkelkan malahan semakin lama timbul rasa ketakutan kepada individu yang menjadi mangsa. Impak yang berkemungkinan berlaku adalah gangguan mental atau akan terus menjurus ke arah serangan secara fizikal.
Tidak salah jika anda meminati seseorang itu dan memendam rasa sahaja tanpa bertindak di luar jangkaan. Jika anda ingin terus menjadi "peminat misteri", biarlah anda semadikan perasaan anda itu tanpa mengganggu emosi individu lain. Tetapi jika anda ada keberanian, mengapa tidak anda suarakan isi hati anda tanpa menyakiti hati orang lain. Maksud saya ialah anda perlu bersedia dengan apa jua renspon atau reaksi susulan daripada individu yang anda minati itu secara positif.
Perkara sebegini akan melibatkan soal emosi, oleh itu kita harus peka dan bertoleransi untuk menanganinya dengan bertindak secara rasional. Kepada anda yang terhidu akan kelibat "peminat misteri" ini janganlah cepat melatah. Sebaliknya anda perlulah bersedia juga untuk menghindari sebarang kemungkinan buruk baik yang bakal berlaku. Mungkin akan berlaku kesudahan yang indah atau mungkin juga berkesudahan kurang baik. Bak kata pepatah, "Untung sabut timbul, untung batu tenggelam". Saya kurang pasti sama ada pepatah saya ini relevan atau tidak. hahha.. Akhir kata, yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikanlah sempadan. Sekian.
p/s : A good time to keep your mouth shut is when you're in deep water.
Dari Pena Penulis,
Comments
tp syg pompuan tu cikgu aku..klu dekat matrik da bole tekel.ni baru form 5..haahaaa.cikgu br abes stdy.obesi mali 24 umur.haha
errr...jijan jatuh cinta ngan cikgu dia?ekeke
ecehh, secret admire~ nice topik ni.