Terkini - Blogger dan Komuniti Kontroversi


Assalamualaikum..

blogger-seksi
Musim kontroversi. Bukan melibatkan golongan selebriti. Apa yang dapat kita lihat sekarang ini adalah suatu fenomena yang dipanggil kontroversi melibatkan sesetengah golongan blogger. Saya juga seorang blogger dan saya tersenyum sendirian melihat fenomena ini berlaku secara berleluasa. Wajarkah fenomena ini berlaku? Adakah dengan tercetusnya kontroversi sebegini boleh memberikan impak positif terhadap komuniti blogger? 

Mungkin ada dikalangan kita yang sedar tentang fenomena kontroversi yang berlaku di masa ini, mungkin ada yang tahu dan buat tidak endah sahaja, dan mungkin ada yang memang tidak tahu langsung. Ketika saya keluar minum-minum teh bersama Azizan Kadir, kami sempat berbual tentang beberapa kontroversi yang sedang meletus di kalangan blogger. Dari sembang-sembang kosong itu, kami dapat merumuskan beberapa kesan sampingan yang berkemungkinan berlaku.

PRO

Dengan kaedah meluahkan rasa tidak puas hati di dalam entri secara tidak langsung dapat menarik trafik yang banyak. Lumrah manusia yang bersifat ingin tahu dan terus ingin tahu akan senantiasa ternanti-nanti update seterusnya. Topik mahupun bahan yang berkisar tentang konflik sebegini lebih menarik minat pembaca. Kebiasaannya berita kontroversi akan berlanjutan dan bakal tersebar secara meluas. 

Sorotan demi sorotan yang berkisar tentang sesuatu kisah kontroversi akan terus diikuti oleh mereka-mereka yang bersifat ingin tahu. Trafik yang bakal melanda blog si penulis akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Sangat menguntungkan si penulis!

KONTRA

Pos entri yang bersifat kontroversi sebegini memberi kesan negatif terhadap komuniti blogger kerana ianya akan memecah-belahkan blogger kepada beberapa kelompok. Ada puak yang menyokong sebelah pihak tertentu, ada yang menyangkal, dan ada juga yang tersepit kerana faktor sifat kekawanan. Trafik si penulis akan terus bertambah namun trafik si mangsa mulai turun dan terus jatuh.

Mengejar populariti dengan menghentam orang lain bukanlah suatu perkara yang senonoh. Perlu diingat bahawa kehidupan ini adalah seperti roda. Mungkin tika dan saat ini anda tersenyum megah di atas tetapi di hari kemudian siapa yang tahu. Entri sebegini dapat dilihat seolah-olah ingin menjatuhkan orang lain. Sangat merugikan kepada mangsa kontroversi!

Kesimpulan

Saya seringkali berpesan kepada kenalan blogger yang rapat agar tidak menulis sebarang nukilan yang bersifat diskriminasi. Kita berada dalam sebuah komuniti yang luas tetapi bumi ini bulat dan pasti suatu ketika kita akan bertemu dengan blogger yang sama di ruang maya mahupun realiti. Ruang blog ini adalah untuk tatapan umum, oleh itu kita seharusnya menjaga tatatertib serta beretika dalam setiap bahan penulisan kita walaupun ianya hanyalah sekadar luahan emosi yang terlalu peribadi.

Blog adalah sebuah medium interaksi masakini yang harus dimanfaatkan untuk tujuan pengukuhan dan bukanlah sebagai medium perpecahan. Teguran atau sindiran yang agak kasar tidak perlulah diperbesarkan dengan meletakkannya sebagai entri panas tanpa mengambilkira perasaan orang lain. Menulis biarlah dengan sifat berhati-hati dan waras. Sekian.

p/s : Ini luahan peribadi bersifat pandangan dan jangan jadikan entri ini sebagai isu kontroversi.

Dari Pena Penulis,



Comments

GT said…
wahaha...!!!! 1st tu...

best woo...

erk o.O

da bace sume taw ^^
saiful said…
blogger yg gila mengejar trafik dan nuff je yg suka buat entri kontroversi dan memalukan org lain.
kalau aku, biarlah xda entri dari cari psl ngan org,huhu
joegrimjow said…
ooo
gosip xcakap
gini r
p[A]n[A]d[O]L said…
btl tue..
skang nie mcm lebih kontrovesi n saling hentam m'hentam dlm blog..
ada pula tue saling kutuk mngutuk.
adeiii..

slalunya aku lmbt tau suma nie tp once dah tau, geleng kepala jer la...
hahahah
Cik Effie said…
Salam..Nice entry..But i'm totally sick whenever terbaca blog yang hanya mempamerkan kecantikan, kekayaan and nak berlagak tak tentu pasal..I do love how Fatin Liyana and Ailyl Rozanna's belog..Love how they write their story...Belog yang hanya suka menghentam orang nie memang dah kena blacklist ah..
azizan4444 said…
x berapa nak best la..nak naikkan traffic dgn sengaja cipta kontroversi.paling tak menarik gunakan nama blogger yg sudah popular ..

samapi bilapun x maju klu tetiap hari masalah ini wujud dlm dunia blogging..
pilotHans said…
aku tatau ape2 yg ko citer ni..woi lepak daa xajak aku dah! haha..so aku terdiri dr kolongan yg tatau n xkisah..wakaakak..lantak pi laa korang nak kontrovesi ke gossip....janji x kaco aku sudah..

p/s aku bukan blogger..chow... eh joerimjow pun ade......mai laa blog aku! hang xkan xreti speaking...huhu..
Anonymous said…
Nice one, might come in handy in the near future
Anonymous said…
Truly inspiring, touching and moving true stories. Every human being is a bunch of different life stories. Let us keep knowing and learning.