Assalamualaikum...
Salam perkenalan buat pembaca yang pertama kali menerjah masuk ke ruangan celoteh karutan saya ini. Persoalan demi persoalan muncul di ruangan minda tentang kewujudan blog ini. Keghairahan untuk menulis nampaknya semakin pudar dan kian kehausan. Mengapa perkara sebegini melanda diri saya agaknya? Adakah perkara yang sama melanda penulis-penulis blog yang lain?
Saya tidak pasti akan motif sebenar kewujudan blog ini sebenarnya. Perkara asas yang saya tanamkan dalam sanubari semasa mula-mula menulis di ruang maya ini adalah untuk mencurah idea sepintas lalu tanpa merenung buruk baik dalam setiap penulisan saya. Kadang-kadang terfikir juga, adakah bahan yang saya terbitkan ini memberi faedah kepada pembaca yang sudi singgah "membaca" dan bukan hanya memberi efek trafik semata-mata.
Persoalan berkaitan adalah, sejauh mana agaknya perkongsian coretan saya ini dapat diterima umum. Idea yang saya cuba curahkan di ruangan ini adakalanya berada di tampuk kebuntuan. Oleh sebab itu, tahap konsisten untuk mengemaskini isi kandungannya tampak tidak teratur dengan sempurna. Dari perspektif saya, pembabitan seseorang itu dalam dunia penulisan maya bermediumkan blog ini boleh dilihat dari pelbagai perspektif ketara dan nyata.
1. Menjana pendapatan sampingan secara serius
2. Menulis perihal peribadi secara santai
3. Perkongsian bahan berbentuk ilmiah
4. Penyebaran berita-berita ekslusif
5. Merekodkan idea dan bakat dalam arena penulisan
6. Berkongsi pautan tentang pelbagai aplikasi (muat-turun dll.)
Dari perspektif pandangan di atas, naluri ini kurang pasti di mana kedudukan saya sebenarnya. Yang saya pasti, persoalan ini bermain di kotak fikiran anda juga. hahha..
Sekian.
Saya rasa blog saya ini agak lembab nak loading kot.. kui2.. [TIMBANG BLOG]
Dari Pena Penulis,
Comments
tengah berusaha no 1 lak..^^
kawe jenih...
7. tiada di atas
hahaha
Idea gila2 yang diadun dengan sindiran semasa sebenarnya masih boleh dikategorikan sebagai entri bermaklumat.. hahha..
ciskek ko cik B, aku athletic la.. kui2..
adun semua sekali.. >__<
da kuruskan blog.. keh2..
widget da kurang, templat pon paling simple.. ;)