Agenda, Kata Kunci dan Bahan Penulisan di dalam Blog


Assalamualaikum, salam kesejahteraan kepada semua pembaca yang sudi meluangkan masa singgah ke teratak coretan saya ini. Tiada kata seindah bahasa, tiada ungkapan seindah cinta.

Pada pertemuan kali ini saya ingin sekali lagi meluahkan rasa dari hati seorang blogger yang kerdil dalam komuniti yang serba luas ini. Bicara kali ini lebih berkisar tentang idea dan bahan dalam penulisan blog yang bermanfaat serta unik. Unik dalam konteks ini saya tafsirkan sebagai intipati asli dengan susunan gaya bahasa teratur serta penuh dengan unsur maklumat.


Dewasa ini saya dapati bahawa semakin ramai blogger yang bijak bermain dengan kata kunci (keyword). Ini adalah strategi pemasaran yang sangat baik namun begitu, ada segelintir blogger yang tidak mengendahkan kepentingan pengguna yang ingin mencari maklumat. Apa yang saya maksudkan adalah, permainan kata kunci yang tidak menepati setiap isi kandungan yang diterbitkan sehingga memperdaya pembaca. 

Mungkin akan ada blogger yang akan terasa dengan isi kandungan coretan saya ini tetapi saya sebagai pengguna yang bukan sahaja menggunakan teknologi internet semata-mata demi berblog tetapi juga ingin mendapatkan maklumat yang tepat. Permainan kata kunci yang keterlaluan tidak perlulah dipraktikkan demi kepentingan trafik sendiri. Ini pandangan tulus saya sebagai seorang blogger yang masih mentah dalam dunia blog ini. Agenda yang perlu ditampilkan mestilah berkaitan dengan setiap kata kunci yang disertakan. Tidak perlu menyertakan kata kunci yang langsung tiada kaitan dengan entri yang diterbitkan.

Sumber unik dan asli dari sudut pandangan saya adalah, hasil nukilan dari idea penulisan yang tersendiri. Dalam ertikata lain, jika ada sesuatu topik hangat yang menjadi kata kunci biarlah penceritaannya asli. Jika penceritaan yang dibawa itu lahir dari idea sendiri, para pembaca akan lebih teruja untuk meneruskan pembacaan kerana saya percaya kebanyakan blogger yang benar-benar beretika akan prihatin dengan setiap bahan yang dibaca. Jika ada penulisan yang berunsur plagiat semestinya akan dapat dikesan dengan mudah. Sertakan kredit bahan yang diguna-pakai adalah lebih baik.

Sepanjang pengalaman saya dalam dunia blog ini, saya dapat rasakan bahawa perkara utama yang paling sukar untuk dipraktikkan adalah ketetapan niche. Tidak menjadi masalah jika pembinaan blog itu tidak mempunyai ketetapan induk dalam konteks peribadi dengan kategori-kategori rojak. Akan tetapi sebagai blogger yang prihatin seharusnya kita peka bahawa setiap bahan yang kita terbitkan ini mampu memberi impak kepada pembaca dari pelbagai peringkat dan golongan. Jangan terlalu peribadi sehingga memualkan, dan jangan terlalu taksub dengan permainan kata kunci palsu.

Anda sebagai pembaca yang bijak, anda mampu menilainya. Renung-renungkan. Sekian.

Dari Pena Penulis,


Comments

guest said…
ai terasa sangat2 tau...ekeke
guest2 said…
ai x ckp kat u pon.. ekekkek...
ilek la.. da lama nak tulis nih.. hari ni baru semangat.. hahha..
guest3 said…
keyword dan seo adalah nama baru bagi abang yus..

weh, bini demo maroh lg ko hahaha
ghost said…
bagi yang mementingkannya adalah suatu yang sangat diberi perhatian...

nice
guest4 said…
ok sifu. take note .. he33
guest5 said…
permainan kata dan nada pula bagaimana encik yus?
dayah said…
hi yus, entry awk mmg serius la, thanks