Konsert Lagenda Double Trouble 2011 Di Melaka


Assalamualaikum… Bagi peminat muzik rock tanah air pastinya teruja menantikan Konsert Lagenda Double Trouble yang menggandingkan lagenda rock sepanjang zaman iaitu Search dan Wings.

Dikhabarkan juga bahawa konsert ini adalah konsert yang terakhir dalam siri Double Trouble. Konsert gemilang Double Trouble ini akan di adakan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 27 Mei 2011.

Pada konsert kali ini, Search dan Wings bakal mempersembahkan yang terbaik antara terbaik dari segi penataan sistem bunyi dan juga pemilihan lagu. Apa yang lebih menarik, pemilihan lagu yang bakal dipersembahkan dilakukan oleh barisan Exco kerajaan negeri Melaka sendiri.

Dengan bajet perbelanjaan yang besar, pastinya konsert kali ini lebih gempak dari persembahan di Sunway Lagoon yang mana rata-rata peminat menyuarakan tentang masalah sistem bunyi. Stadium Hang Jebat juga mampu menampung kapasiti penonton sebanyak lebih kurang 30,000 orang. 

Kepada anda penggemar alunan suara Amy dan Awie bolehlah berkunjung ke Stadium Hang jebat untuk menyaksikan konsert gabungan gergasi rock tanah air ini. Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh layari http://dtmelaka.blogspot.com.

Sekian.

p/s : Blogger yang paling gembira mendengar berita ini pastinya Mario.. hahha..

Dari Pena Penulis,
yusenze

Comments

wachak said…
minta mario sponser tiket ... ha33