Video Seks Pemimpin "Papa Nurul Izzah 2" Satu Kesilapan?

Assalamualaikum… Gempar di merata tempat. Bukan sahaja mendapat liputan di kalangan rakyat negara di bawah panji "1 Malaysia" malahan sehingga ke negara-negara luar yang tiada kena mengena. Suara blogger adalah suara rakyat yang amat berkuasa dewasa ini. Jika anda cuba untuk mencari maklumat berkenaan "Video Seks Pemimpin" atau lebih dikenali umum sebagai "Papa Nurul Izzah" yang berkesinambungan kisahnya, anda akan dapati bahawa kebanyakan isu berkaitan dibicarakan melalui medium blog mengalahkan tabloid-tabloid terkemuka menghuni di halaman utama sistem enjin carian internet.

Sekali lagi saya ingin nyatakan di sini bahawa saya bukanlah seorang pejuang atau aktivis yang terlibat secara langsung dengan mana-mana parti politik tanah air. Pandangan yang ingin saya tampilkan di ruangan ini hanya sekadar pandangan umum melalui penilaian dan rujukan yang berunsurkan logik. Jika dilihat dari sudut yang lebih terperinci ternyata pembaca atau rakyat di negara kita secara umumnya terdiri dari kalangan orang-orang yang bijaksana serta dapat menilai sesuatu perkara itu dengan rasional  serta tidak mengikut perasaan. Pengaruh yang digembar-gembur oleh sesetengah pihak tidak dapat meracuni cara berfikir di kalangan rakyat.

Saya percaya sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan berita hangat tentang video seks yang melibatkan seorang pemimpin parti politik di negara ini pastinya telah melihat kesinambungan daripada sorot-sorot rakaman yang tekandung di dalam video seks berkenaan. Hal ini meliputi paparan yang dimuat naik di halaman terkemuka youtube ataupun melalui paparan imej-imej yang berkaitan. Apa yang ingin saya katakan di sini adalah, melalui penilaian yang tidak bersikap memihak kepada mana-mana sumber sekalipun kita dapat merenung dan memberi buah pandangan pertama yang menyatakan bahawa kesinambungan "Papa Nurul Izzah 2" tampak seperti suatu kesilapan teknikal yang nyata jika dinilai dari beberapa sudut.

Saya ada melihat tayangan babak yang dimuat naik di halaman youtube bagi episod pertama. Apa yang mengelirukan adalah, bagaimana video yang dianggap rahsia besar sebegini boleh terlepas ke pengetahuan umum. Melalui paparan video itu juga boleh dilihat dengan jelas tulisan Thailand yang sememangnya saya tidak faham. Ternyata bahawa video yang dimuat naik itu berbeza dengan paparan yang ditayangkan kepada pihak media kerana di dalam video yang ditayangkan kepada wartawan-wartawan terpilih itu hanya terdapat paparan tarikh dan waktu sahaja.

Satu lagi kemusykilan yang membelenggu fikiran rakyat adalah, mengapa "Dato' Trio" yang mengaku mendedahkan video aksi seks berkenaan tidak ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan? Adakah kerana status atau mungkin ada sebab-sebab tertentu yang menghalang penahanan mereka.

Di dalam paparan episod kedua (Papa Nurul Izzah 2) pula timbul beberapa spekulasi yang lebih mengelirukan. Perkara pertama yang dibangkitkan adalah berkenaan rambut si pelaku di dalam video berkenaan. Pada episod pertama, tampak dengan jelas bahawa si pelaku berambut penuh tetapi pada babak kedua pula rambut si pelaku sudah berubah jika dilihat dari sudut belakang dan sisi. Melalui beberapa pandangan umum sebegini menjelaskan bahawa berkemungkinan berlakunya kesilapan teknikal yang nyata.

Jika ingin membicarakan soal ini saya pasti semakin banyak persoalan dan kekeliruan yang bakal hadir menghuni di kotak fikiran sesiapa sahaja. Saya sekadar menghuraikan apa yang saya baca melalui penilaian berpandukan akal yang waras. Sekali lagi saya nyatakan, saya tidak menyokong mana-mana pihak dan coretan saya ini sekadar luahan yang disuarakan melalui naluri yang tidak terpengaruh dengan khabar angin sewenang-wenangnya. Anda adalah pembaca yang bijak, anda mampu menilainya. Sekian.


Persamaan dan Perbezaan Video Lucah 1999 dan 2011

Dari pena penulis,
yusenze

Comments

mdhafiz said…
dah tengok dh video tu..nasib sempat download b4 kena ban.. memang sah....itu satu kesilapan teknikal..kantoi sudah...
mario said…
politik malaysia makin lama makin mengarut...adakah dorang ingat klu sebarkan menda camni bole buat org sokong dorg...???
errr...eh ...rasa nak mencarut je ni...ekeke baik stop dulu...