19 Hari Bersama Adsense Lebih Nikmat Dari 3 Bulan Bersama Nuffnang


klik gambar untuk paparan jelas
Assalamualaikum… Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya masih mampu saya berceloteh di ruangan blog usang ini. Jarang sangat rasanya saya meluangkan masa mengemaskini halaman blog ini. Seolah-olah dianak-tirikan sahaja blog Naluri-ini. Hahha..

Bukan kerana kebuntuan idea untuk menulis, cuma kadangkala setiap pengisian yang ingin disampaikan di sini terlalu istimewa rasanya sehingga saya perlu berhati-hati (Alasan). Melihat keadaan sekeliling yang beraneka ragam semestinya bisa membantu setiap penulis blog itu untuk berinspirasi. Begitu juga keadaannya dengan saya. Tetapi kebelakangan ini saya lebih banyak meluangkan masa dan menumpukan perhatian kepada blog-blog yang lain. Dalam usia blog-blog yang masih muda, mereka perlu diasuh untuk berada di puncak fenomena dan gelombang SEO. Bukan mengejar page rank tetapi cuba untuk menyaingi rakan-rakan blogger yang lain kerana sifat cemburu dalam arena persaingan dunia blog dengan jujur.


Eh, semakin jauh menyimpang dari tajuk utama. jika dibiarkan semakin jauh melalut kerana desakan naluri seorang penulis blog. Hehheh..

Edisi khas dalam kategori Adsense ini sememangnya menjadi tajuk kegemaran saya sejak 2,3 bulan ini. Bukan kerana ingin meninggi diri tetapi untuk membakar semangat blogger-blogger seperjuangan. Dengki juga rasanya melihatkan rakan blogger En. Azizan Kadir berseloroh dalam entri beliau yang terbaru. Kekekek… Beliau baru sahaja menikmati keindahan dunia blog dengan pengeluaran hasil perolehan daripada sumber Adsense.

Saya masih baru lagi dalam dunia adsense dan sedang mencari-cari laluan dan persinggahan yang sesuai untuk bertapak dan dan maju ke hadapan. Rata-rata kita dengar tentang perihal hasil sampingan dari sumber blog. Ada pelbagai pengiklan yang menawarkan bayaran tertentu untuk mempamerkan iklan mereka di ruangan blog. Namun tidak semua menawarkan hasil yang boleh dianggap lumayan. Antara yang menjadi perbualan adalah Innity. Amat jarang kita dengar orang kita berbicara tentang adsense. Saya cuba merungkai apakah sebabnya. Mungkin kerana hasil perolehan harian yang tidak konsisten menjadikan kita rasa malas untuk mempedulikan iklan adsense ini.

Sejak terjerumus dengan aplikasi pengiklan yang disediakan oleh google ini, saya rasa amat berpuas hati dengan pencapaian semasa. Jika hendak dibandingkan dengan hasil perolehan dari pengiklan terkenal blog (Nuffnang), saya terpaksa akur bahawa adsense lebih baik untuk diberi tumpuan yang lebih. Bukan senang untuk memohon akaun dari adsense dan adalah amat sukar untuk memperolehi hasilnya. Tetapi ada juga perkara yang mungkin sesetengah antara kita terlepas pandang. Ada yang sudah berjaya memohon akaun adsense tetapi tidak mengaplikasikannya sebaik mungkin. Dalam erti kata lain, putus asa melihat repot hasil yang ciput. Jika direnung dengan lebih teliti sebenarnya hasil dari adsense adalah lebih bernilai jika dihitung dengan nilai tukaran wang semasa. Itulah sebenarnya yang kebanyakan dari kita terlupa dan seringkali merungut.

Setelah dibanding kira saya rasa amat bersyukur dengan hasil perolehan daripada adsense. Pendapatan dari Nuffnang 20 hari adalah sebanyak lebih kurang RM10 sahaja pada kadar impression dan klik yang agak sama tetapi hasil dari adsense nampaknya berkali-kali ganda. Jika dulu-dulu RM10 sehari dari nuffnang tetapi lama-kelamaan semakin merosot. Agak pelik bunyinya. Mungkinkah kerana faktor Nuffnang pilih kasih? Meletakkan iklan Nuffnang di blog umpama meletakkan perhiasan semata-mata. Bukan mahu memperlekeh Nuffnang tetapi inilah hakikatnya yang dihadapi oleh kebanyakan blogger dewasa ini.

Namun yang demikian, kebenaran yang dapat saya rungkai adalah bukan masalah hasil pendapatan itu sebenarnya yang membelenggu kita tetapi faktor malas dan mudah mengalah. Letaklah walau iklan semahal mana sekalipun jika tiada usaha untuk memantapkan unsur blog itu sendiri hasilnya akan tetap sama dulu, kini dan selamanya. Oleh itu marilah kita bersama-sama bangkit untuk menjadi blogger yang rajin mengemaskini blog. Hahahaha.. Sekian.

p/s : Insya-Allah bulan depan dapat merasa hasil adsense yang pertama walaupun tidak sebanyak yang Jijan dapat. hahha..

Comments

Nekmo said…
yus..ajo aku la macam tuh..haha..weh..klu kita buh nuff ngn adsense serentak...takde kaco nuff ke?
yusenze said…
oit!! hahha.. lame x nampak ko kn..

hmm.. adsense dgn nuff duduk sekali xde effek..

selalunya org takut kehilangan status istimewa ngan nuffnang klu letak iklan sekali..

jgn risau.. hahha..
MDHAFiZ.NET said…
Tahniah..masyuk tuh
Kacak Itu Saya said…
sy nak kaya jugak.. sy nak duit banyak2.. awak ajar saya? nah? nah? hahha..
yusenze said…
@MDHAFiZ.NET

Baru nak berjinak2.. hahha..
yusenze said…
@chaon giler

oit!! nila nak update?? hahha..
mai umah pakai jeans zip kat blakang.. aku ajaq hang dari mula sampai abih.. kakakka..
yusenze said…
@Apih, hok jijan lagi la bnyak.. hahha.. kawe nak bakar smgt otoman, asik patah smgt jah..
wachak said…
uitt !! x baik ko ngasut reramai mendua kan cik nuff. sian cik nuff ... keh33
yusenze said…
Cik jari, tq.. bakar semangat mario je nih..
yusenze said…
Chak, kene ajar penambahan sumber.. bkn menduakan.. kekekke..