Akedemi Fantasia 9 Minggu 7 : Fina vs Hazama

Setelah memasuki minggu ke 7 Akademi Fantasia 9 barulah nampak persaingan sebenar dalam merebut gelaran juara pada musim ini. Pada awalnya seakan Hazama mendominasi pentas persembahan setiap minggu. Namun pada minggu ini, Fina kian menonjol memberi saingan yang hebat. Pada minggu ke 7 ini Fina telah berjaya mencuri hati para juri dengan gaya persembahan dan mutu nyanyian yang unik sehingga mendapat pujian daripada para juri. Fina membawa cabaran untuk menyanyikan lagu seorang diva tanah air Dato' Siti Nurhaliza berjudul "Purnama Merindu". Ternyata dia telah berjaya meyakinkan para juri dan penonton bahawa dia berkemampuan untuk menyanyikan lagu tersebut dengan lenggoknya yang tersendiri.

 

Hazama pula menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh sebuah kumpulan rock klasik, Ilusi yang berjudul "Segalanya Ku Terima". Berbekalkan pengalaman ternyata Hazama tetap tampil dengan persembahan yang meyakinkan. Hazama adalah merupakan peserta pilihan yang menyerlah sedari awal program Akademi fantasia 9 berlangsung.



Seperti biasa, di hujung rancangan akan bermulalah epik sedih dalam rancangan realiti ini. Pengacara rancangan, Aznil ternyata begitu arif dan peka mengubah emosi sesiapa sahaja yang mengikuti rancangan ini. Dan pada minggu ini nampaknya Queennera Francine Francis Kitingon atau Nera tidak berjaya meneruskan cabaran dan tersingkir berdasarkan jumlah undian yang diterima.

Jumlah undian pada malam persembahan :
1. Hazama - 29%
2. Fina - 17%
3. Lena - 15%
4. Erul - 13%
5. Azri - 13%
6. Nera - 13%



Nama Sebenar:Nur Shafinaz Binti Jebat
Nama Afundi:FINA
Asal:Melaka
Umur:18 tahun
Pekerjaan:Belum bekerja, tapi selalu ambil show-show di luar atau di dalam Melaka.

Nama Sebenar:Hazama Bin Ahmad Azmi
Nama Afundi:HAZAMA
Asal:Keramat
Umur:27 tahun
Pekerjaan:Kerja Sambilan.





Comments

Sufy said…
hek3..tgk af tpi x vote pun..:)
wachak said…
x pernah tengok AF full konsert sejak dari AF1 lagi cause x der astro. Yg tahu jadi juara cuma mawi jer :P