Tips Perkara Asas SEO - Kata Kunci (keyword)

Assalamualaikum… Salam bersama senyuman yang manis di bibir seorang insan kerdil di halaman terpencil. Setiap butiran yang tertulis di halaman blog ini adalah sebuah pengilhaman yang hadir dari sanubari dan naluri ini. Fakta yang dikemukakan adalah berlandaskan serba-sedikit pengalaman bersama adunan bahan rujukan. Pada sesi SEO dan blog yang lepas saya sudah membicarakan tentang aspek SEO asas yang paling utama dalam usaha mengoptimumkan kadar jaringan atau indeks ke dalam sesebuah sistem carian internet. Kepentingan panduan asas ini adalah berujuan untuk membantu meningkatkan jumlah trafik "organik" bagi sesebuah blog dan perlu dipraktikkan oleh individu yang baru menceburkan diri dalam dunia blog.

Pada episod kali ini saya ingin menyentuh tentang permainan SEO yang menjadi nadi utama serta mampu meningkatkan jumlah trafik secara terus dan organik. Dewasa ini kebanyakan blogger amat terpengaruh dengan aplikasi sosial dalam menjana trafik ke blog mereka. 'Pinging Concept' atau kaedah promosi melalui perkongsian dalam sesebuah laman web yang berteraskan paparan umum menjadi suatu trend kepada para blogger. Namun sejauh manakah kaedah ini membantu peningkatan trafik ke blog? Sampai bila paparan kita itu akan menjadi bahan bacaan umum? Renung-renungkan..

Trafik organik adalah trafik yang datang secara terus dari sistem enjin carian (google, yahoo, bing, dsb.). 

SEO - Kata kunci (keyword)

Adakah anda benar-benar faham akan fungsi kata kunci (keyword) yang sering diperkatakan oleh para blogger terkenal atau hanya sekadar menjadikannya bahan ikut-ikutan sedangkan keberkesanan penggunaannya masih lagi dimonopoli oleh blog-blog yang terkenal itu? Soalan ini seharusnya difikirkan jika anda ingin turut serta bersaing dalam permainan yang melibatkan soal SEO. Dari pengamatan saya, kata kunci terbahagi kepada dua sektor yang menjadi teras utama untuk dinilai. Namun begitu perlaksanaannya bukanlah semudah yang anda fikirkan. Perkara ini menuntut pengorbanan masa dalam mengenal pola penggunaan kata kunci yang ingin digunakan.

1. Kata kunci semasa

Kata kunci semasa merupakan kata kunci yang menjadi kegemaran oleh kebanyakan blogger. Kata kunci semasa adalah permainan yang menjadi tumpuan umum serta mampu menjana trafik secara mendadak tetapi tidak menjamin trafik yang berterusan. Permainan kata kunci sebegini lebih sesuai dipraktikkan jika anda membina laman web bertemakan tabloid. Pengisian yang diketengahkan adalah berkenaan isu semasa yang menjadi perhatian serta hangat dan terkini. Sebagai contoh, program televisyen Maharaja lawak 2011, Akedemi Fantasia 9, Mentor 5 dan sebagainya lagi. 

Jika anda cuba cari artikel berkaitan melalui enjin carian internet dengan menggunakan kata kunci 3 patah perkataan, di manakah terletaknya paparan blog anda dipamerkan? Bagi blogger yang peka akan perkara ini semestinya mereka ingin berada di mukasurat utama dan di takhta pertama. Kepentingannya adalah untuk memberi impak pandangan pertama (impression) agar potensi untuk kadar klik menjadi tinggi.

Untuk bersaing dalam kategori ini anda perlu bijak memilih kata kunci yang sesuai dari segi trend pencarian dan juga kadar persaingannya. Sebagai contoh, kata kunci tentang Akademi fantasia 'hazama minggu 7' atau 'fina minggu 7'. Pemilihan kata kunci tertentu adalah amat penting bagi mewujudkan persaingan dalam arena SEO. Jangan terikut-ikut dengan trend blog yang sudah terkenal kerana anda pasti akan tewas.

2. Kata Kunci Sepanjang Masa

Kata kunci dalam kategori ini adalah kegemaran saya. Kebiasaannya kata kunci yang termaktub dalam kategori ini mampu memberi trafik kepada sesebuah blog pada kadar yang berpanjangan. Bahan yang diterbitkan adalah berbentuk fakta, tips, tutorial dan bahan rujukan yang boleh digunakan sepanjang masa. Tidak seperti kata kunci semasa yang hanya memberi trafik pada kadar waktu yang terhad.

Sebagai contoh jika anda ingin menerbitkan suatu bahan berkaitan topik 'SEO', anda tidak dapat membayangkan berapa banyak info tentang perkara ini telah diterbitkan. Ribuan malah mungkin jutaan entri berkaitan terkandung dalam direktori enjin carian internet. Oleh itu sekali lagi keutamaan perlu ditekankan dalam pemilihan kata kunci yang sesuai serta tidak terkeluar dari konsep terbitan. Pola pencarian yang sering digunakan selalunya lebih tertumpu kepada pencarian dengan 2 patah perkataan dan 3 patah perkataan.

Contoh : 'tip asas seo', 'perkara asas seo', 'bahan penulisan'

Ada juga pencarian menggunakan patah perkataan yang lebih daripada 3 tetapi pada kadar yang amat sedikit dan jarang.

Kesimpulan

Bagi blogger yang masih segar dan baru, tips ringkas ini amat sesuai digunakan sedari awal penglibatan anda. Jangan terlalu terpengaruh dengan trend semasa dalam mempraktikkan sumber SEO. Ping blog di laman-laman sosial tertentu hanyalah sekadar bertujuan untuk berkongsi dan jangan mengharapkan kadar trafik yang berpanjangan. Jika anda serapkan mentaliti sebegini tidak mustahil untuk anda menyaingi blog-blog terkenal yang sedia ada.

Jika ingin dihitung dari aspek kedudukan "ranking" (alexa atau google) sebenarnya bukanlah perkara utama yang harus difikirkan. Jika anda telah berjaya menguasai perkara-perkara asas dalam kancah permainan SEO, anda layak untuk meneruskan misi selanjutnya. Yang paling penting adalah kepekaan anda dalam memilih sesuatu kata kunci tertentu. Anda adalah blogger yang bijak, anda mampu menilainya. Sekian.

p/s : Naluri-ini.com (ranking alexa 2 juta lebih) siapa yang kisah??

Dari pena penulis,
yusenze

Comments

Anonymous said…
TQ, sedikit sbyk dpt membantu saya...
Chaon Cornerz said…
baru teringat pasal ping blog.. dulu2 rajin la JUGAK.. hahha.. nak kena blajar banyak dari otai nie.. kehkehkeh..
Hakim Mahmud said…
nice tips!!..nk try cuba la!!aq selalu spam keyword..hehe
azizan4444 said…
kata kunci semasa tu kena selalu alert,..sapa cpt die dpt..haha
Nak cari keywords yang sesuai itu memakan masa jika kita menggunakan manual. Adakah cara yang lebih mudah?
yusenze said…
@zezebel ada bnyak software yang boleh digunakan. Ada yang percuma tapi terhad penggunaannya. Lebih baik luangkan masa dengan mengkaji pola carian secara manual. Agak lambat tetapi berkesan :)