Blogger Template Mesra Pembaca dan SEO

Assalamualaikum… Selamat datang ke blog yang penuh dengan pengisian cerekarama. Blog ujikaji ini seringkali berubah wajah kerana beberapa faktor tertentu. Antaranya adalah kepantasan loading page, paparan ringkas padat, faktor warna dan sebagainya lagi. Saya melakukan transformasi drastik terhadap penampilan blog ini secara zahir dan batinnya. Ini merupakan hasil kerja pertama saya membina templat sendiri.

Seperti yang anda semua sedia maklum, bagi blogger yang menggunakan blogspot perlu untuk menambah sendiri setiap ciri yang penting bagi menjadikan sesebuah blog itu mesra pembaca dan SEO. Tidak seperti pengguna wordpress yang sudah dilengkapi dengan pelbagai alat bantuan SEO (plugin).

Saya menghabiskan masa selama  9 jam untuk menghasilkan templat ringkas dan padat ini. Antara penambahan ciri yang saya rasakan penting adalah :

1. Menu Tab ringkas di bahagian atas header
2. Ringkasan entri (snippet) dan imej (thumbnail) pada paparan laman utama
3. Frame Gadget dengan warna kontra
4. Twitter Share Button di bahagian atas entri
5. Facebook Like Button beserta Facebook Fanpage di bawah entri
6. Simple Related Post di bawah entri
7. Beberapa kod Meta yang bersesuaian dengan kehendak SEO

Saya namakan templat ini SnippeThumb yang mana bersesuaian dengan tema dan mudah untuk diubah suai mengikut kehendak sendiri. Saya masih lagi mengekalkan setiap fungsi yang terdapat di dalam blogger template designer. Dengan itu setiap ciri dari segi penampilan boleh diubah seperti biasa. Antaranya adalah :

1. Pilihan warna latar belakang
2. Pilihan Font dan warna
3. Size laman utama
4. Header (Blog Title) boleh ubah kepada imej yang diingini

Anda boleh lihat sendiri setiap ciri yang disenaraikan di atas pada templat blog ini. Kepada anda yang berminat dengan templat ini sila klik di sini untuk muat turun.

Sebarang pertanyaan dan kritik sila tinggalkan di ruangan komen. Terima kasih.

p/s : Advertizing is legalized lying. Salam Aidilfitri di bulan kemerdekaan. Maaf zahir batin.

Comments

Chaon Cornerz said…
tercari2 jugak mane button yang nak share kat twitter.. btw.. menarik jugak letak ketupat tue.. hahha..nanti boleh tolong designkan untuk aku..
yusenze said…
alamak.. lupe nak letak la weh.. hahha..

sat2 gi la aku letak.. layan tv dulu la.. kekekke..
gnesop.com said…
nice simple template.. :)
sop pun suka template yg simple
yusenze said…
@gnesop kadang2 ada yg suka template extreme sampai nak baca pon sakit mata.. hahha..

tapi lain org lain pandangan.. Setiap org berhak memilih dan menentukan blog mereka sendiri..