Sarkastik | Ramadhan Terakhir


Assalamualaikum… Segmen karutan. Bila dengar lagu Jangan Lupa Namaku dendangan Poppa Bensin mesti teringat drama Ramadhan Terakhir. Sebuah drama yang mampu menginsafkan penonton. Lakonan mantap Tasha Shilla mampu membuatkan airmata menitis. Hahha.. Tapi di alam realitinya, entahlah. No komen.

Bukan kisah Ramadhan Terakhir yang hendak dibebelkan sebenarnya. Cuma topik yang ingin saya kupas alah berkenaan sifat "sarkastik". Sarkastik yang mendukung maksud memperlekeh, memerli dan apa juga perkataan yang seangkatan maksud dengannya. Yang menjadi modus operandinya adalah diri kita sendiri. Cuba renung sejenak, adakalanya kita juga bersifat sarkastik terhadap sesuatu mahupun seseorang.

Kita sebenarnya telah menanam benih sarkastik ini sedari awal kita memulakan langkah pergaulan. Sifat sarkastik ini wujud dalam pelbagai cara baik gurauan atau memang niat kita begitu. Ada ketikanya sifat ini mampu melukakan hati kita dan juga orang lain secara tidak sengaja. Tidak dinafikan bahawa ada juga elemen positif yang boleh diambil iktibarnya jika tanggapan terhadap sindiran itu diubah kepada kritikan. Cuma kaedah ironis yang ditampilkan itu terlalu ketara untuk diterima secara terbuka.

Oleh itu, cuba renungkan sejenak mengapa kita perlu mengamalkan ciri-ciri sarkastik sebagai pegangan. Bukan semua individu dapat menerima sarkastik tanpa tersentuh sensitiviti. Faedah daripada sifat ini sebenarnya memberi lebih banyak impak negatif daripada yang positif. Jadi, penggunaannya harulah difikirkan dahulu sebelum melakukannya.

Anda adalah kawan yang hebat, anda mampu menilai setiap ungkapan sarkastik yang terucap di bibir teman-teman yang lain. Sekian.

p/s : You Don’t Have to Stink to be Good!

Dari pena penulis,
Yusenze

Comments

Kacak Itu Saya said…
kita tak tau apa yang orang lain fikirkan tentang kita dalam pergaulan.. terserah kepada insan yang menilai kita. sifat dan sikap manusia yang ada dalam diri tak boleh diubah dengan serta merta.. kan? hahha..
guest said…
aku tak kisah...ko nak sarkastik ke...gymnastik ke...aku tak kisah...tapi aku rasa budak kacak atas ni mesti suka tgk gymnastik...ko pun sama kan...ekeke