Tips Mesra SEO Enjin Carian dan Direktori Yahoo!

Assalamualaikum… Bertemu lagi dalam ruangan maya ini dalam kategori SEO dan blog. Kita akan terus belajar dan belajar dari setiap kelemahan. Dan setiap kelemahan itu boleh di atasi dengan cara perkongsian maklumat. Inilah kepentingan transformasi yang seharusnya kita tanam untuk terus berjaya dalam komuniti blog yang semakin berkembang ini. Tidak semua perkara yang anda tahu itu saya tahu, dan tidak semua perkara yang saya tahu anda juga tahu.

Berbalik pada tajuk utama, di ruangan ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang kaedah yang boleh membantu agar artikel yang diterbitkan di blog lebih cepat diindeks oleh enjin carian Yahoo! Mungkin kita sudah terperangkap dengan mentaliti semasa bahawa Google sebagai enjin carian nombor satu tetapi harus diingat juga bahawa Yahoo! masih lagi mempunyai kepentingan dan diguna-pakai sebagai enjin carian. Bagi mendapatkan trafik organik, segala jenis enjin carian internet memainkan peranan penting untuk menaikkan serta mengekalkan reputasi janaan trafik itu sendiri.

Pada entri yang lalu saya telah huraikan serba sedikit tentang Google, Yahoo! dan Bing webmaster yang berperanan sebagai medium bagi memudahkan bot atau robot yang merangkak di rangkaian URL sesebuah blog agar mudah diindeks masuk ke dalam direktori. Pada kali ini saya ingin menyentuh dengan lebih mendalam lagi tentang direktori enjin carian internet. Setiap maklumat yang diindeks oleh sesebuah enjin carian akan dikelaskan mengikut kesesuaian artikel yang diterbitkan. Inilah yang dinamakan sebagai direktori. Sebagai contoh jika kita menerbitkan sebuah entri tentang gadget elektronik, mungkin artikel kita akan dikelaskan dalam kategori "Teknologi".

Yahoo! Directory

Bagi memudahkan robot enjin carian Yahoo! bertindak untuk mengindeks bahan yang diterbitkan, kita boleh melakukannya secara manual. Secara tidak langsung SEO bagi sesebuah blog itu akan menjadi lebih lancar. Bagi aplikasi ini anda perlu memiliki akaun Yahoo!

Kaedah pertama ialah dengan menghantar URL blog secara default dengan melayari Yahoo! Site Explorer. Anda perlu log masuk ke akaun Yahoo! seterusnya masukkan alamat pautan blog pada ruang yang disediakan dan klik butang submit. Selepas itu masukkan link feed blog di ruangan site feed dan hantar feed berkenaan. Selesai.

Cara kedua adalah dengan menghantar maklumat blog secara lebih terperinci kepada direktori enjin carian Yahoo!

1. Buka laman direktori Yahoo! Link Yahoo! Directory
2. Pilih sub-kategori khusus yang berpadanan dengan tema blog anda di bahagian kiri laman berkenaan. Sebagai contoh saya memilih "computers & internet" untuk blog saya. 
3. Untuk lebih khusus anda boleh spesifikasikan lagi genre blog anda dengan memilih kategori tambahan sedia ada.
4. Lihat sebelah atas di bahagian kanan, klik "suggest a site"
5. Pilih "Standard consideration" dan teruskan langkah selanjutnya
6. Masukkan maklumat tentang blog anda
7. Isikan ruangan "Security E-mail ID" dengan alamat e-mail Yahoo!
8. Submit

Saya tidak menjamin kaedah ini akan memberi manfaat 100% terhadap SEO sesebuah blog itu tetapi ini salah satu cara yang disarankan oleh kebanyakan blogger profesional. Semoga bertemu di lembaran akan datang. Selamat mencuba dan selamat maju jaya.

p/s : You can't have rainbow without a little rain.

Dari pena penulis,
Yusenze

Comments