Manfaat Teknik Asas SEO On Page

Assalamualaikum… Segmen SEO dan Blogger menjadi pilihan untuk dikemaskini. Mungkin ramai dikalangan blogger sedar bahawa begitu sukar untuk mengungguli SERP (search engine page rank) sepanjang masa kerana saingan yang sememangnya sengit dewasa ini. Perihal ini sebenarnya berkait rapat dengan pengaplikasian SEO On Page. Cuma kadang-kadang kita terpedaya dan terleka dalam membuat pilihan.

Perkara paling utama adalah pemilihan templat yang bersesuaian. Kita harus sedar bahawa tujuan kita menerbitkan artikel di blog adalah untuk tatapan umum. Oleh itu kita perlu mengambilkira beberapa faktor yang berkaitan. Antaranya adalah :

1. Faktor pemilihan warna tema
2. Jenis Font
3. Penggunaan Jscript dan CSS yang minimum
4. Pemilihan Widget yang perlu
5. Loading page yang laju

Faktor keserasian templat sebenarnya mempengaruhi pengunjung dan juga robot enjin carian. Penampilan yang lebih jelas akan memudahkan pembaca meneruskan bacaan sekaligus membantu robot enjin carian mengindeks artikel yang diterbitkan itu. Secara tidak langsung sesebuah blog itu akan menerima impak positif yang dipanggil 'double hits'.

Seterusnya adalah tentang pemilihan dan penggunaan bahasa. Tidak dinafikan bahawa kebanyakan blogger lebih suka menggunakan gaya santai dalam penulisan mereka. Ini tidak mengganggu keserasian SEO On Page selagi blogger berkenaan menggunakan ejaan yang penuh berbanding kata singkatan. Cara penulisan dengan perkataan yang lebih jelas sebenarnya mempengaruhi pembaca dan juga enjin carian.

Selain itu, dari sudut psikologinya blogger itu sendiri akan lebih cenderung untuk memperbaiki kelemahan pada entri-entri yang lepas. Tatacara penulisan juga bakal menampakkan kemajuan dan semakin lama semakin disukai oleh pembaca yang singgah. Teknik mudah dalam pengaplikasian SEO On Page ini sebenarnya memberi manfaat kepada penulis blog dan juga kepada para pembaca. Apabila pembaca mula menyukai gaya penulisan kita, pastinya kita akan lebih berpendirian untuk menerbitkan artikel seterusnya dengan lebih bersemangat.

Tanamkan dalam diri bahawa setiap artikel yang ingin kita sampaikan bukan semata-mata mahu mengejar populariti tetapi melalui perkongsian dari medium blog ini dapat memberi pengajaran kepada semua. Sekali lagi saya ingin sebutkan, pengisian segar yang lahir dari idea sendiri akan lebih membantu kita untuk menjadi seorang blogger yang sebenar. Jauhi gejala plagiat kerana sampai bila pun blogger itu tidak akan mengecap kepuasan sebagai penulis blog malahan akan terus berada di takuk yang sama.

Sekian tips asas seo buat kali ini. Semoga berjumpa di lembaran yang lain pula. Insya-Allah.

p/s : I didn't cheat, I just change the Rules.

Dari pena penulis,
Yusenze  

Comments

Chaon Cornerz said…
banyak lagi nak kena belajar.. Faktor utama aku tak rajin nak update sebab tak cukup masa je.. kalo tak mesti aku rajin update.. hahha..

Good info.. banyak yang aku boleh belajar dari sini..
yusenze said…
Aku nak kena tulis benda2 mcm ni..
Bukan takat kongsi.. tapi aku nak kena refer jgk kadang2.. al-maklum la.. pelupa.. kkekeke..
mario said…
saya pun byk belajar dr sini wpun tak bape faham sgt senornya...ekeke
wandisini said…
aku pun sama macam chaon. faktor utama aku jarang update blog. tu sebab tak pernah naik PR pun