Assalamualaikum… Pada pertemuan yang lalu saya telah kongsikan cara-cara untuk menghantar alamat web/blog agar mudah terindeks ke dalam direktori enjin carian Yahoo! Selain daripada Google dan Yahoo! enjin carian Bing juga merupakan pemangkin yang mampu menjana trafik secara terus kepada blog. Bing search engine dikuasakan oleh Microsoft ini agak kurang mendapat perhatian dan jarang digunakan dikalangan rakyat negara Malaysia. Namun begitu, enjin carian ini masih lagi digunakan oleh sesetengah individu untuk mencari maklumat.
Untuk menghantar alamat blog kepada direktori Bing, caranya cukup mudah.
Bing Webmaster Link
1. Pada laman utama Bing Webmaster Tools, lihat di bahagian paling bawah.
2. Isikan ruangan yang diminta (URL)
3. Klik Submit URL
4. Selesai
Jika anda ingin mengetahui tentang statistik lengkap mengenai laman web/blog, anda teruskan dengan membuka akaun dengan pihak Bing. Segala laporan tentang crawl activity, index coverage, traffic stats dan pelbagai kemudahan lagi disediakan secara terperinci dan percuma. Melalui paparan laporan ini anda boleh melihat dan menyelidik tentang penggunaan kata kunci paling aktif di blog anda. Ikuti setiap langkah yang diminta semasa melakukan pendaftaran. Yang paling penting adalah anda perlu mengesahkan kesahihan alamat yang anda hantar itu dengan cara yang disarankan oleh pihak Bing. Anda juga dapat mengawal sendiri bagaimana enjin carian ini perlu berinteraksi dengan blog anda. Di sinilah kepentingan sitemap dan arahan robot text mempengaruhi cara trafik yang menuju ke laman web/blog anda.
Cuba sendiri untuk melihat apakah kelebihan dan kegunaannya dalam mengoptimumkan SEO blog anda.
p/s : Best way to stop a runaway horse : Place a bet on it.
Dari pena penulis,
Yusenze
Comments