Selamat Datang ke Halaman Inspirasi Naluri Ini

Thursday, November 01, 2012

Borang Daftar Online BR1M 2.0 - 2013

Borang Daftar Online Pakej Komunikasi Belia


Isi rumah yang layak (RM500):

1. Warganegara Malaysia; 

2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
-Berkahwin;
-Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
-Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).

3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah. 

Individu yang layak (RM250):

1. Warganegara Malaysia; 
2. Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Bagi mereka yang ingin mendaftar bagi permohonan baru BR1M 2.0 atau ingin mengemaskini permohonan sila klik pautan (link) atau pada gambar di bawah. 

Untuk panduan mengisi borang permohonan BR1M 2.0 sila klik PANDUAN MENGISI BORANG BR1M 2.0

Daftar Online BR1M 2.0 2013

PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M 2.0)

1. Pada  pembentangan  Bajet  2013  baru-baru  ini,  Kerajaan  telah mengumumkan pemberian bantuan tunai (BR1M 2.0) kepada isi rumah dan individu bujang. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam   usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup serta selaras dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi bersasar kepada golongan berpendapatan rendah.

2. Kriteria penerima BR1M tetap sama iaitu bantuan RM500 kepada ketua isi rumah yang berpendapatan kasar bulanan RM3,000 dan kebawah. Sebagai tambahan, pemberian BR1M ini diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 atau sebelumnya) dengan jumlah pendapatan kasar RM2,000 sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini adalah sebanyak RM250.

3. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu :

    Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
    Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah;
    Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah (dalam rumah yang sama);
    Warga emas sebatang kara yang berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 atau sebelumnya, dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

4. Bagi individu bujang, kriteria yang layak adalah bujang termasuk Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 atau sebelumnya) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

5. Bagi penerima BR1M sedia ada, mereka tidak lagi perlu mendaftar untuk  kali  kedua  manakala  pemohon  baru  boleh  mendaftar  secara  atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2.0. Bagi  penerima  yang  ingin  mengemaskini  data  sedia  ada  seperti  pertukaran alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula.

6. Pendaftaran pemohonan BR1M 2.0 akan bermula pada 1 November 2012. Tarikh tutup permohonan akan diumumkan kelak. Borang-borang permohonan BR1M 2.0 boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan  Penerangan  serta  agensi-agensi  Kerajaan  atau  dimuat turun  melalui laman sesawang LHDNM :  www.hasil.gov.my.

7.  Pembayaran BR1M 2.0 akan dibuat kepada penerima yang layak mulai awal tahun 2013.

8.  Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak RM3.0 bilion.

9. Sebarang persoalan boleh dikemukakan kepada email : br1m2@treasury.gov.my atau menghubungi talian hotline 1-800-222-500 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat bermula 1 November 2012.

Kementerian Kewangan Malaysia
30 Oktober 2012

5 comments:

akubiomed said...

Syukur dengan bantuan BR1M ini dapat meringankan golongan yang memerlukan.

SITOT said...

student u , 19 thun boleh ke apply?

yusenze said...

@akubiomed bagi yang layak untom ler..

yusenze said...

@SITOT hmm.. rasenye yg layak terima mesti berumur 21thn ke atas je..

fiza said...

syukur dpt bantuan br1m ni harap di teruskan sampai bila2