Kami Kehilangan Teman dan Sahabat Selamanya

Assalamualaikum… Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Sejahtera buat junjungan besar Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda seluruhnya.

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ 

Tiap-tiap diri akan merasai mati. al-Anbiya' (35)

Tanggal 8 Februari 2013 bersamaan 26 Rabiulawal 1434H, Jumaat, perginya seorang sahabat bernama Shahrul Akhmar bin Sharifuddin @ lebih dikenali dengan nama Chaon di kalangan rakan taulan di medan realiti mahupun di persada maya khususnya dunia blog. Kepergian beliau meninggalkan dunia ini menyahut seruan Ilahi yang nyata lebih menyayangi beliau. Tersentak dengan berita mengejutkan ini menjadikan diri terdiam seketika diulit pelbagai rasa. Antara percaya dan tidak.

Lebih kurang jam 8.25pm, dalam keadaan kesihatan yang tidak menyenangkan tubuh, aku menerima panggilan bernada cemas daripada Violet memberitakan perkhabaran yang amat mengejutkan. Belum sempat bicara antara kami tamat, masuk lagi satu panggilan daripada Mijae menyatakan perkara yang sama. Jantung berdegup kencang; dalam masa yang sama aku membaca secebis pesanan ringkas daripada Kech Hidayah (isteri beliau). Lantas aku menghubungi Park Than melalui Whatapps dan Park Than mengesahkan bahawa dia juga menerima mesej yang sama. Ternyata berita ini sahih.

Aku segera meminta Miro menjemputku di rumah agar kami sama-sama dapat pergi ke hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Aku terkilan juga kerana tidak dapat menghulurkan secebis bantuan dalam menguruskan jenazah kerana perihal kesihatan yang sememangnya tidak mengizinkan. Selesai pengurusan jenazah di hospital, aku memenuhi desakan Violet yang baru tiba dari Ipoh untuk menemaninya ke rumah jenazah bersama Huda dan Eny. Melihat sekujur tubuh yang kaku dipembaringan membuatkan aku sebak tetapi aku memaksa diri ini untuk tidak menampakkan apa yang sedang aku rasa pada waktu itu.

Aku, Violet, Azizan Kadir, (arwah) Chaon, Kech Hidayah

Terasa baru semalam aku hadir ke majlis persandingan arwah Chaon dengan Kech Hidayah. Yang pasti hanya kenangan abadi dan gambar-gambar tinggal menemani kami seluruhnya. Terlalu banyak kenangan pahit manis yang meninggalkan kesan di sanubari. Mungkin ada di antara anda yang perasan betapa rapatnya hubungan di antara kami semua.

Mungkin anda yang membaca luahan ini tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan kami. Apa yang menarik dengan kisah kami. Apa yang penting sehingga kami memaksa jemari ini terus menari di papan kekunci untuk menyiapkan entri ini. Perkenalan kami bermula di medan ini (blog). Keakraban antara kami bermula di sini membawa ke alam realiti. Aku menceritakan kisah ini kerana aku terasa kehilangan walaupun hakikat ini tidak pernah aku zahirkan di hadapan orang lain.

Semoga dengan limpah kurnia Allah SWT, sahabatku Shahrul Akhmar @ Chaon ditempatkan dikalangan mukmin yang diredhai. Al-Fatihah.

-Di saat aku mencoretkan entri ini, sebak di dada menyelubungi seluruh diri.

Comments

namia said…
sesungguhnya Allah lebih sayangkan arawah.. semoga arwah di rempatkan di kalangan orang2 beriman
Naluri Ini said…
@namia Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
NurSya said…
innalillahiwainnailaihirojiunn..smoge tabah..semoga kech tabah mnerima ujian maha hebat ni..:'(
mimi said…
slam yus...
kakak mimi meniring leh...wagaskah kau..?
maaf kadek sawat leh.....

Sedih pulak tgok entry ni.....sabar ek...

Kak mimi dari tempat mario tadi....
maaf lama kak mimi menyepi.....
power merah said…
Alfatihah buat arwah dan takziah buat isteri dan familinya, lama tak jenguk yuss
EmbunRosaliza said…
Alfatihah buat arwah dan takziah buat isteri dan familinya. Lama akk tak jenguk yuss, apa kbr. Psttt ayat sama ngan power merah tu sbb akk yg salah akuan heheh
al-fatihah..aku pun terkejut giler..br jer tau ni... :( teringat kite duk lepak same2 kt equine..br jer nk kenal2 ngan korang2 ni..hmmm