Faedah Ada Apa Dengan Blogwalking

Assalamualaikum..

Bersua kembali di lembaran sunyi sepi beralaskan kertas maya. Di pertemuan kali ini saya ingin mengajak anda semua menelusuri ruang waktu di antara masa lalu, masa kini, dan masa akan datang secara berimaginasi.  Jika anda seorang blogger, sudah pasti anda amat biasa dengan satu perkataan Inggeris yang berbunyi "Blogwalking". Apa maksud perkataan ini pada pandangan anda? Apakah faedah yang terkandung di sebalik pelaksanaan kata kerja ini? Adakah kata kerja ini masih relevan dan diamalkan oleh golongan blogger masa kini? Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah pandangan peribadi saya sendiri. Mungkin anda punya perngertian yang kontra dari sisi pandangan anda.

Begitu banyak persoalan yang berkaitan serta banyak juga pandangan individual terhadap kata kerja ini. "Blogwalking" yang diamalkan suatu ketika dahulu merupakan suatu pelaksanaan atau tindakan dalam komuniti blogger yang lebih bersifat silaturrahim. Setiap individu yang terlibat dalam komuniti ini saling bergantungan dalam mengekalkan momentum trafik pembaca di samping saling bertegur sapa dan saling mengenali dengan lebih rapat. Secara umumnya, keluarga blogger yang mesra dapat dibentuk hanya dengan pelaksanaan "Blogwalking". Percaya atau tidak anda harus menempuhi pengalaman ini sendiri.

Faedah-faedah "Blogwalking" secara mesra (penulis dan pembaca) sebegini terlalu banyak untuk disenarai dan dihuraikan satu-persatu. Di dalam komuniti blogger yang luas ini, ada pelbagai individu yang hadir dengan pelbagai kemahiran. Apabila kita saling mengenali dengan lebih akrab, secara tidak langsung kita dapat berkongsi ilmu dan pengalaman tanpa hadir perasaan kekok. Contohnya, jika saya menghadapi sebarang kemusykilan tentang SEO, saya boleh merujuk kepada kenalan yang rapat di medan maya ini untuk mencungkil serba-sedikit rahsia mengenainya tanpa halangan perasaan malu.

Kaedah-kaedah "Blogwalking" yang umum.

1. Post feed - kemaskini terbaru blog yang diikuti
2. Ping Post - Halaman sosial (Facebook, Twitter, halaman Ping Blog)
3. Enjin carian (Google, Yahoo, Bing, dll.)
4. Chatbox - melalui link url yang disertakan
5. Komen pembaca yang punya laman blog

Huraian fakta di atas mungkin lebih kerap berlaku pada suatu ketika dahulu. Melalui pengamatan saya, pada era ini terlalu banyak percambahan blog dengan kemunculan penulis baru yang sekadar menulis blog serta tidak terlibat dalam komuniti blogger. Penglibatan mereka sekadar "join the group and ping entry post". Tidak salah perbuatan ini tetapi tindakan begini tidak menguntungkan anda dari banyak segi. Jika anda punya matlamat untuk berniaga "online", anda tidak boleh sekadar berharap kepada kehadiran pengunjung organik semata-mata. Tambahan pula anda sekadar menggunakan perkhidmatan "hosting dan domain percuma" yang kebarangkalian untuk berada pada tahap PR (pagerank) yang tinggi terlalu jauh untuk dicapai. Hanya dengan kaedah blogwalking dan meninggalkan komen sahaja jalan keluar untuk anda mendapat tempat di lubuk enjin carian agar bisa menaikkan level PR anda.

Entri ini sekadar bebelan umum. Anda sebagai penulis blog yang muncul dengan matlamat tersendiri sudah pasti punya strategi yang lebih berkesan. Jika anda ingin menyangkal atau mempunyai suatu pandangan yang lebih jauh sila kemukakan. Saya lebih suka jika ada yang sudi berkongsi sebarang kemahiran dalam dunia blog ini. Al-maklum sajalah, saya juga masih bertatih di medan maya ini dan masih mencari solusi untuk berjaya sebagai seorang penulis blog. Bukan untuk dikenali, cukup sekadar boleh menjadi bahan indeks mana-mana enjin carian secara lebih konsisten. Cukup setakat ini bebelan saya tentang blog dan blogger. Terlalu banyak yang terkumpul di ruang legar fikiran saya tetapi tidak dapat diterjemahkan keseluruhannya. Semoga bertemu lagi di lembaran dan kesempatan yang mendatang.

Anda fikir anda seorang blogger yang suka mengamalkan sikap "blogwalking"? Fikir sekali lagi.

"Grain of Salt. Take as needed with above advice."

Comments

Unknown said…
betol2..sue setuju..blogwalking memang perlu...blogger yg tiada blogwalking seperti seronok sendiri...salam singgah..
yusenze said…
@kacang buncis
Kejamnya. Hahha.. blogwalking hanya sekadar hobi yang bermanfaat. Tiada penegasan untuk menjadi rajin blogwalking, tapi dengan blogwalking kita dapat mencari kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri kita sendiri.