Hack Kuota Data Internet pra-bayar @ Broadband.

VPN Percuma 500MB Data dengan perkhidmatan Private Tunnel

Assalamualaikum dan selamat datang para pembaca, para hacker amatur, para pengguna internet. Pengisian kali ini ala-ala tutorial yang menggembirakan bagi pelanggan plan data internet pra-bayar dan "berukben" (Broadband) yang berkuota rendah. Ini bukan kaedah hack yang realistik, cuma teknik melepaskan diri sedikit daripada had kuota dan juga meloloskan diri daripada sekatan yang dikenakan terhadap laman-laman web tertentu. Sebenarnya kaedah ini telah lama digunakan dan diketahui umum tetapi ada kesangsian dalam diri sesetengah pengguna internet untuk mempraktikkan kaedah mengalihkan alamat IP ini. Khidmat VPN ini mencakupi pelbagai peranti komputer (Windows, MAC) dan juga telefon pintar serta tablet (Android @ IOS). 



Tutorial ini akan dipenuhi gambar-gambar agar lebih mudah untuk anda faham.

Apa kelebihan kaedah ini?

1. Anda melayari internet melalui pindahan alamat yang virtual. Maksudnya jika anda periksa status geologi, anda akan dapati bahawa anda sedang online di suatu tempat lain daripada tempat sebenar anda berada.

Contoh ; Data server connection

2. Boleh mengukuhkan lagi keselamatan privasi anda daripada gangguan hackers.

3. Boleh melepasi had kuota langganan data serta menembusi laman-laman web yang disekat oleh ISP mahupun majikan di tempat kerja anda.

4. Dapat meningkatkan produktiviti (kelajuan) muat-turun (download).

Private Tunnel - Your Private Tunnel to the Internet

Rasanya tidak perlu saya jelaskan dengan terperinci tentang VPN atau kaedah SSH ini kerana terdapat banyak tutorial yang menjelaskan tentang fungsinya. Anda boleh lihat di sini Free VPN Tutorial

Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah salah satu daripada ribuan atau jutaan perkhidmatan Virtual Private Network seluruh dunia. Melalui pengalaman saya sendiri, penggunaan kaedah VPN (IP statik) ini sambungan internet lebih laju jika dibandingkan dengan kaedah SSH (IP Dinamik).

Download options

Kepada anda yang ingin mencuba perkhidmatan ini, boleh daftar akaun di laman PrivateTunnel secara percuma dan anda akan diberi 500MB kuota data juga percuma. Kemudian download perisian PrivateTunnel mengikut keperluan anda. Untuk PC mahupun telefon pintar. Jika anda menggunakan PC peribadi boleh download terus di laman web dann sekiranya anda mahu install di telefon pintar @ tablet boleh kunjungi Google Playstore atau AppStore. Supported android 4.0 ++ only!

Main UI
Senarai Server
Account connected to Server
Jika berpuas hati dengan perkhidmatan ini, anda boleh teruskan dengan melanggan data yang lebih besar contohnya 50GB pada harga 12USD. Kalau convert duit Malaysia lebih kurang RM40 - RM45. Nampak tak, langganan data yang lebih murah dengan bandwidth sangat besar. Berbaloi. Jangan khuatir, tiada caj bulanan dikenakan kerana perkhidmatan ini bersifat pra-bayar. Maknanya kalau anda nak, anda topup ajelah dan kalau tak nak guna anda tidak rugi apa-apa. Selain dari itu, jika ada rakan-rakan anda yang berminat juga dengan perkhidmatan ini, anda berpeluang mendapat  had kuota percuma dengan memberikan link @ pautan pendaftaran khusus merujuk kepada akaun anda.

Tambah kuota plan data
Kuota Percuma

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan yang disediakan oleh PrivateTunnel ini, silalah layari laman rasminya dengan mengikuti link sedia ada. Segala persoalan anda akan terjawab di sana. Selamat mencuba dan selamat maju jaya.

Berapa peranti saya boleh menyambung ke Private Tunnel dalam satu masa?

Private Tunnel adalah perkhidmatan prabayar , kita pada masa ini tidak mengenakan had ke atas bilangan peranti anda boleh menggunakan akaun anda pada bila- bila masa. Semua bandwidth yang digunakan oleh peranti anda akan dikumpulkan dan dicaj ke akaun anda mengikut pelan data yang telah anda pilih . Untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan mungkin, anda digalakkan untuk memilih pelan data yang bersaiz sesuai untuk semua peranti anda dan mengisi semula penggunaan anda sebelum ia berkurangan , kerana terdapat jarak masa antara penggunaan jalur lebar anda dan masa apabila ia dapat dilihat dalam akaun anda. Sila ambil perhatian bahawa walaupun kami membenarkan berkongsi akaun Private Tunnel antara individu , amalan ini tidak digalakkan kerana ketidaktentuan corak penggunaan data antara pengguna. Atas sebab ini, kami menggesa anda hanya memasang Private Tunnel pada peranti anda yang dipercayai , dan memutuskan sambungan kepada perkhidmatan perlindungan apabila tidak lagi diperlukan.

p/s : Data plan yang anda langgan dengan ISP tetap berjalan seperti biasa, cuma dengan kaedah ini kebarangkalian untuk anda melepasi had kuota sedia ada dan kelebihan untuk anda melanjutkan dan menjimatkan kuota adalah tinggi.

Anda fikir anda bersifat seperti seorang yang baik hati? Fikir sekali lagi.

Comments

Anonymous said…
Btol ke ni,, Vpn mne y lg baik,,,
Belang Tarung said…
orang sekarang dah xmain prepaid main vape haha..jual vape la yus