"Berkejaran si anak kecil mengelilingi penjual aiskrim. Bukan sebab hendak berebutkan loceng, tapi sudah pasti aiskrim 2 kupang yang mampu membuatkan sesiapa saja mengerlingnya melelehkan air liur kegersangan. Musim Ramadhan begini, budak-budak bawahan umur bukan tahu nak sorok-sorok sifat kepinginan mereka. Yang sengsara tentunya makhluk dewasa yang lemah tahap keimanannya." - yusenze
Assalamualaikum...
Adakah anda merasai keseronokan berblogging? Mungkin ada yang menjawab dengan penuh keghairahan "IYA SAYA", dan mungkin juga ada yang hanya berdehum sendirian. Istilah teman ini terlalu luas untuk digambarkan dengan kata-kata. Ada yang bersifat mesra dan ada juga yang hangat-hangat tahi ayam. Namun teman yang hangat-hangat tahi ayam itu masih lagi digelar teman.
Sepanjang pengalaman saya dalam dunia blog ini (setahun jagung), pelbagai rencah dan kerenah blogger telah saya jumpa. Antara nama besar yang mula-mula saya kenali adalah En.Mario yang tidak jemu-jemu me'renovate' pangkinnya. Persoalannya, bila nak siap?? hahha.. Tapi yang best tentang beliau adalah sifat manjanya melayan kerenah teman-teman lain yang nakal. Pengisian santai di setiap penulisannya. Seorang pakar SEO. Kepada sesiapa yang ingin belajar selok-belok SEO @ SEM boleh mengikuti tutorial di blog beliau atau bertanyakan terus di "shoutmix". Kalau nak bersemuka, jangan harap. hahha.. Tiada akaun Facebook namun tetap teman tapi mesra di blog. Seorang yang suka berahsia.
En.Azizan Kadir. Antara nama gah yang menjadi salah seorang teman. Bukan teman tapi mesra, malahan teman mesra sama ada di dunia maya mahupun di alam realiti. Kebetulan antara kami, suka mengkritik himpunan pemain bola sepak antarabangsa. Konon-konon kami adalah pengurus yang lebih berkaliber dan cemerlang. hahha.. Perwatakan di blog adalah lebih sopan jika dibandingkan dengan personaliti di luar. Mesra alam, sukakan sukan bowling dan futsal. Tidak lokek berkongsi ilmu berblogging dengan penuh etika. Setiap artikel dari hasil penulisannya mengandungi pelbagai tips berguna dan sindiran sinis yang membina. Syabas dan terima kasih.
Si oren berambut panjang. En.Chaon Zonda. Zonda?? Apa itu Zonda? Sila minta keterangan lanjut dari beliau. Teman yang ala-ala manja di blog mahupun Facebook. Kini mula bergiat aktif dengan laman sosial Twitter pula. Jika beliau masuk membuat kecoh di twitter, alamatnya saya terpaksa mengundur diri. Semua awek akan tertumpu pada kata-kata manjanya. Saya umpama tidak wujud lagi. ekekek.. Setiap dari entri beliau juga saya minati kerana susunan ayatnya bisa menggodam di kalbu sehingga menusuk ke sanubari. Di luar, beliau adalah seorang yang agak malu-malu kucing (konon).
Cukuplah saya berceloteh tentang teman tapi mesra edisi ke-2 ini. Nanti ada idea lain saya akan ceritakan lagi tentang kisah saya dan teman tapi mesra. Untuk rujukan edisi pertama, sila klik (Teman Maya) untuk pautan ke entri yang lalu. Baca, hayati dan fahami. Sekian.
p/s : Tiada idea nak "update". Edisi karutan mengisi ruang penulisan. Semakin panjang nanti semakin mengarut. Teman-teman yang lain, sila tunggu kisah anda bakal dipaparkan.
Dari Pena Penulis,

Comments
lg 1, bila la agknye dpt berjmpa die dgn..da lama mengidam nk jmpa die nih..hehee
errr...rahsia?mana de...ekeke
caittt...kan aku dah kata...yg terer2 jgn baca...wakaka
ERm Zonda tue kan..? aku nak letak zone kat muka buku tue tapi dorang tak bagi.. last2 lekat name zonda.. hahha.. al-kisah..
jadi gak karutan u..hehehe
erk?
hahahhaa
memang korang dlm blog je sopan, kat luar,masyaAllah. hahahaha!
eleh chaon
malu2 kucing bole blah =P
Lepas ni backlink aku bebnyak.. ekekke..
mesti ko jeles kn? kn? kn? hahha..