Idea Menulis - Proses Pengilhaman (2)

Assalamualaikum..

Sejahtera hendaknya kepada pembaca yang sudi meluangkan masa. Pada pertemuan yang lalu, saya telah menulis tentang dua sumber yang boleh mendatangkan ilham dalam penulisan. Kepada anda yang ketinggalan bolehlah menjengah ke sini [Idea Menulis - Proses Pengilhaman (1)].

Untuk pertemuan kali ini saya akan mengupas beberapa lagi sumber yang bisa memberikan kita ilham berkreativiti dalam bentuk penulisan. Saya amat pasti bahawa setiap individu itu mempunyai daya kreativiti tersendiri untuk menggarap sebuah penulisan yang mampu meninggalkan kesan terhadap pembaca. Walaupun kita mahu menceritakan tentang suatu topik yang sama, tetapi jalan penceritaannya adalah berbeza mengikut perspektif masing-masing tanpa terkeluar dari fakta yang sebenar.





Di penulisan yang lalu saya telah mengupas tentang pengilhaman yang lahir dari dua sumber iaitu "Alam Sekitar" dan "Gelagat Manusia". Pada kali ini saya ingin berkongsi beberapa lagi sumber pengilhaman yang boleh dijadikan bahan penulisan yang kreatif.

3. Bahan Bacaan

Saya yakin bahawa setiap blogger itu mempunyai nilai garapan tersendiri dalam menghasilkan sesuatu penulisan. Mungkin pengaruh ini hadir daripada bahan bacaan kita seharian. Ilham dari sumber bahan bacaan adalah sangat berkesan jika kita ingin menulis tentang sesuatu perkara yang berupa fakta untuk dikongsi. Namun begitu, jangan terlalu naif untuk meniru setiap fakta yang tertulis dari sumber bacaan kita itu secara bulat-bulat. Sebagai contoh jika kita ingin mengutarakan tentang isu semasa yang tertulis di akhbar, kita boleh berkreativiti dengan ayat yang tercetus dari idea sendiri tanpa terpesong dari fakta dan cerita yang sebenar. Bagi kebanyakan daripada kita yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama, barangkali kita boleh menjadikan sumber bacaan dalam bahasa Inggeris dan diterjemah ke dalam bahasa Melayu sebagai bahan pengisian.

4. Televisyen / Wayang

Pelbagai ilham penulisan boleh kita dapati dengan menonton televisyen. Seperti yang dapat kita lihat, begitu banyak blog yang menulis tentang preview slot-slot drama di televisyen. Tetapi boleh dikatakan pengisiannya adalah serupa sahaja. Mungkin mereka-mereka ini hanya sekadar bermain "kata kunci @ keyword" sahaja tanpa mengambilkira kepentingan pembaca setia blog mereka. Pada pandangan saya, adalah lebih menarik jika anda mengulas serba sedikit tentang preview drama yang anda tampilkan itu daripada sekadar meniru sinopsis asal 100 peratus. Dengan cara ini saya percaya bahawa pembaca setia di blog anda akan berasa lebih teruja untuk meneruskan pembacaan kerana mereka mempercayai kebolehan anda dalam menulis dan bukan sekadar percaya dengan bakat anda melakukan aktiviti plagiat.

5. Pergaulan

Sememangnya kita tidak mampu hidup sendirian. Lumrah dalam kehidupan kita ini untuk sama-sama mencetuskan fenomena bermasyarakat. Melalui aktiviti pergaulan kita seharian juga boleh membangkitkan ilham untuk menulis. Bagi saya sendiri yang kadangkala dilanda masalah kebuntuan idea, saya akan merujuk kepada teman-teman tertentu. Di samping berkongsi idea mungkin dengan kaedah pergaulan kita dapat membuahkan idea-idea yang baru untuk ditulis.

Mari kita besarkan lagi skala pergaulan ini. Pada pendapat saya, pergaulan juga merangkumi segenap aspek dalam apa jua aktiviti yang dilakukan. Sebagai contoh adalah aktiviti "Gathering". Kita boleh menulis pelbagai kisah tentang pengalaman kita semasa melibatkan diri dalam aktiviti ini. Ada pelbagai jenis aktiviti bersama yang boleh dijadikan ilham dalam menulis. Kita boleh menulis tentang pengalaman bersukan dengan rakan-rakan seperti futsal, bowling dan lain-lain lagi. Di samping bercerita pengalaman, kita juga boleh selitkan tentang kebaikan atau keburukan  yang berkaitan dengan aktiviti yang kita lakukan itu.

Kesimpulan

Ruang blog adalah amat sesuai untuk kita berinspirasi dengan daya kreativiti tersendiri. Bagi diri saya, di ruangan inilah tempat untuk saya memperbaiki kesilapan dalam penulisan. Setiap bahan yang ditulis bukan sahaja untuk tatapan umum bahkan dapat memberi manfaat kepada diri sendiri. Menulis bukan sekadar untuk membangkitkan rasa seronok di kalangan pembaca tetapi juga dapat memberikan kepuasan kepada diri sendiri. Biar orang mengenali blog kita ini kerana daya kreatif penulisan kita dan bukan kerana kehandalan kita mencari bahan untuk ditiru.

Sekian.

p/s : Adalah penting untuk kita memberi penumpuan yang sewajarnya dalam setiap penulisan kita supaya boleh diterima umum serta memberi manfaat bersama.

Azizankadir.com - Cara Dapatkan Idea Untuk Entri Blog

Dari Pena Penulis,

Comments

mario said…
kadang2 aku camnilah...kopi pes je...senang...ekeke tapi kdg2 tu bersebab...huhu,<---alasan
Chaon Cornerz said…
Banyak info yang boleh dikongsi bersama dalam dunia berbelog nie.. yang penting nak kan kepercayaan orang dalam menghasilkan sesebuah penulisan.. biarlah menarik dan penuh manfaat macam entri nie.. =)

p/s: aku malas.. kahkah..
RerameUngu said…
hoh..thank u...
tak berapa nak suka kopi pasta bulat22 ni...hehehe
n kurang giler pun plagiat22 ni..kekehkeh
Kech Hidayah said…
malas jugakkk.bila ntah nak rajin..
Kepada semua :

Jgn jadikan malas itu satu alasan.. hahha.. tapi aku pon malas jugak.. hahhahha..