"Friendship" vs "Relationship"

Friend"ship" atau Relation"ship"

Assalamualaikum..

Salam Zulhijjah kepada seluruh umat Islam terutama sekali kepada pembaca yang sudi menjengah ke halaman blog ini. Meremang bulu roma tatkala mendengar laungan lagu-lagu yang menyeru panggilan haji. Urutan rukun Islam yang ke-5, mampukah dan berkesempatankah kita menunaikannya? Insya-Allah.

Dipertemuan kali ini saya ingin menyentuh sebuah topik yang terkandung dalam aliran "hubungan". Lumrah kehidupan manusia itu bakal melalui saat-saat indah dan ada ketikanya mengharungi detik-detik kedukaan. Namun begitu harus diingat bahawa kegembiraan yang kita nikmati kadangkala bersifat sementara dan kedukaan itu sebenarnya mengajar kita untuk menjadi lebih tabah.

Friendship atau diertikan sebagai persahabatan merupakan perkara lazim yang menjadi resam dalam suasana kehidupan manusia. Mengambilkira aspek kemasyarakatan serta memerlukan ketajaman mata akal untuk menilai erti persahabatan itu sendiri. Biar mempunyai kawan beribu daripada wujudnya satu musuh yang kesannya amat berbisa. Berkawan juga perlu mengikut etika yang membawa ke arah haluan yang benar. Apa yang penting, kita perlulah menjaga tatasusila agar jangan sampai melanggar hak atau batasan kekawanan.

Pelbagai ketegori sahabat atau teman yang memenuhi persekitaran kita. Huraiannya di sini[Teman]. Perkara yang paling kita takuti dan perlu jauhi adalah "kawan makan kawan". Tidak dinafikan bahawa ada segelintir yang menganggap pergaulan dengan teman-teman adalah lebih selesa daripada pergaulan dengan ahli keluarga sendiri. Segala masalah dikongsi atau diceritakan kepada teman yang dipercayai. Risikonya, mungkin akan berlaku suatu punca konflik yang akan memudharatkan. Kita tidak dapat meramal dan mengawal apa yang tersirat dalam hati setiap individu walupun dari kalangan kenalan yang rapat. Oleh yang demikian, kita perlu berhati-hati dalam meneruskan hubungan persahabatan yang dianggap normal.

Relationship atau dalam istilah yang lebih jelas "perhubungan serius". Perhubungan yang serius ini akan melibatkan hubungan kekeluargaan. Sesebuah hubungan yang dianggap serius itu akan menjadikan kita lebih rapat dengan perkongsian setiap tabiat dan kebolehan untuk saling memenuhi kelemahan. Etika dalam perhubungan jenis ini agak berbeza dengan etika persahabatan yang biasa.

Perkara yang menjurus ke arah perhubungan yang serius sebenarnya tidak dapat dipastikan dengan jelas. Apabila berbicara soal cinta, ternyata kita tidak dapat memberi tafsiran yang khusus bagaimana boleh tercetusnya fenomena ini. Perihal cinta sebenar bukanlah hanya merujuk kepada rupa paras atau harta semata-mata. Pelbagai aspek akan menjadi tunjang dalam meneruskan perhubungan yang serius. Faktor mengenal hati budi dan kesefahaman adalah pemangkin dalam kita mengekalkan keutuhan hubungan cinta.[CINTA

Sesungguhnya hubungan yang berteraskan cinta tidak boleh dianggap remeh kerana ia melibatkan perasaan banyak pihak. Dalam mengharungi hubungan yang serius kita perlu bersifat saling mempercayai dan mengambil berat. Perasaan cemburu itu adalah perkara normal yang bakal dialami. Oleh yang demikian, kita perlulah bersedia untuk meneruskan hubungan cinta dari segi fizikal dan mental. Perkara negatif yang selalu menjadi punca keretakan hubungan jenis ini adalah cemburu buta. Apabila anda menerima cinta seseorang itu bermakna anda bersedia menerima setiap kelemahan yang dimilikinya. Cubalah untuk setia dengan sepenuh hati dan bukan hanya memikirkan kepentingan diri sendiri sahaja. Sekian.

p/s : Ada yang menganggap cinta itu sebagai sahabat tetapi ada juga yang menilai sahabat itu sebagai cinta.

Bukan Doktor Cinta,


Comments

Mario said…
ko ni sedang bercinta ni...jgn lupa jemput eh... hehe
nichKhun said…
ada apa dengan cinta?
yawww.. sahabat tak tinggalkan kita..
tapi cinta pasti tinggalkan kita..
manusia lupa sahabat bila bercinta..
hakhakhak.. yusss.. sweet nye yus bercinta ngan kak effie.. hekhekhek !!!
King Of Single said…
salam bro yus!

salam aidiladha..psal frenship and relationship ni..kite cube yg terbaek la..spe je nk "kawan makan kawan"

hehe
tpi lg best cinta kite dtg dari persahabatan..da taw sume serba kurang-lebih diri kite
violetless said…
dia memang tengah bercinta pon pakcik rio oi..hahhaha..
the polaris said…
lebeyh baek berkawan daripada memusuhi :)
Jari Finger said…
erk...

saya datang membaca..kelu unt mengkomen
Adoi Rio, aku becinta ke x ke kn same je entri2 aku nih.. hahhahha..

yg ni ade org mintak aku buat.. pecah kepala aku nak siapkan entri ni sbb aku men taram je, x rujuk en.gugel langsung.. kekekek..
Nikon, sahabat itu sebenarnya dpt membantu kita dalam menangani masalah cinta. Cinta bukanlah suatu medium yang bersifat kekal nikmat bahagianya jika pasangan itu tidak saling menjagainya.
Ekyn, kadangkala cinta bukanlah hadir dari persahabatan. Kita lebih selesa dengan pengertian sahabat dan biarlah perhubungan itu berterusan dengan nilai sahabat sahaja. Cinta sebenarnya memerlukan kita untuk merenung ke arah kesediaan dalam memikul sesuatu tanggungjawab dan cinta tidak semestinya hadir dari seorang yang kita kenali.
Anonymous said…
mekaseh yerk.....friendship vs relationship...nice one... =)
ape2 jer said…
eleh2 yus taulah ekekeke ;)
GT said…
yg ni ade kredit x???

kah kah kah!!! ^^

ok da bce :D