Ke Mana Menghilang - Imbasan Gathering 2010

Assalamualaikum..

Salam bertemu di lembaran keazaman membara membuka tirai bicara pada coretan pertama diari baru 2011. Terlalu banyak pengalaman pahit manis di persinggahan tahun 2010 yang lalu. Mengimbau detik-detik yang telah berlalu semestinya membangkitkan rasa kerinduan.

Berkecimpung dalam dunia blog juga bisa membibitkan pelbagai kenangan yang indah. Perkenalan dengan teman maya begitu menceriakan setiap detik saya melayari alam blog ini. Namun semakin hari saya berasa seperti semakin menjauh dengan teman-teman blog yang sudah lama dikenali.

Kerinduan yang amat menggamit di jiwa adalah kehilangan kelibat-kelibat teman blogger yang akrab. Secara positifnya saya meletakkan tanda "SIBUK DENGAN KERJAYA" sebagai medium yang bisa memadamkan kerinduan saya ini. Di bulan-bulan akhir 2010, saya dapat merasai kehilangan beberapa teman yang seangkatan ketika sesi blogwalking. Suasana yang dahulunya amat ceria seolah-olah hilang nilai serinya. Ke mana agaknya kalian menghilang?


Saya merindui Mario dengan pangkinnya, Chaon dengan kelab oren, Cik Jari dengan tarian jemarinya, Pink dengan puisi indahnya, Kak Mimi dengan kisah tauladan, Nina dengan epal rangup, serta ramai lagi yang tidak dapat saya senaraikan. Soalan yang sama pernah saya ajukan kepada Azizan Kadir dan jawapannya adalah sangat membuntukan. Terima kasih kepada rakan yang setia menjadi teman karutan iaitu saudara Wachak, Ultraman88 dan Mat Jajan. hahha..

Namun begitu kemeriahan alam blog tetap sama, yang berubah hanyalah perjalanan kaedah komunikasi yang berlaku. Mungkin anda tidak merasai sepertimana apa yang saya rasa. Saya berharap agar keindahan detik bergaul-mesra di alam maya ini akan kembali subur seperti waktu dahulu. Akhir kata, selamat menanam azam di tahun 2011 dan semoga memperoleh hasil tanaman azam itu hendaknya. Sekian.

Gathering 1 : July 2010 [Putrajaya], [GathStory#2],[GathStory#3]
Gathering 2 : August 2010 [Shah Alam][Link#1], [GathStory#2], [GathStory#3]

p/s : Peristiwa yang bakal berlaku hari ini tidak mungkin akan sama dengan apa yang sudah berlaku semalam.

Dari Pena Penulis,



Comments

Kech Hidayah said…
yus ko kan boss...boss xdak anak2 buah pun ilang la.hahaha.jom ronggeng!
Kech, aku agak sibuk akhir 2010.. aku akan cuba carik jalan untuk kita dapat kembali ceria makan2 semeja di 2011.. hahha..
GT said…
Aah la.....

kan kan??? da lme x blogwalking
Chaon Cornerz said…
nanti kita atur waktu bila nak jumpa ramai2.. hehhe.. lame dah tak lepak nie.. ramai tak blogwalking dah.. plek aku nape ntah.. hahha..
Scha Nazri said…
nnati buatlah gath lagi. boleh kenal2. wee~
violetless said…
suma pon da malas blogwalking kan?aku sakit idung la weh..pasaipa hang tak rindu aku pon..sampai ati hang.
wachak said…
I miss you tooooo ... keh33



~ kalau nk open table tu jerit ar kat cbox wa or pm kat twitter. mana tau wa bleh joit sekali :)
Bro Framestone said…
if wat gath.. roger2 la bro ek
GT, terasa sgt la skang ni mcm da ramai yg menyepi.. hahha..
Chaon, betol la tu.. da lame x lepak2 cam dulu2 kn.. bila mood BW da ilang mood nak hapdet pon kurang.. kah2..
Syaz, mmg nak buat tapi takut xramai yang datang.. hahha..
Vio, yg paling malas aku nampak hang la.. kah2..

siyes weh, bw skang da x sama rasenye mcm bw dulu2.. ceria..
Chak, don wori la.. klu ade open table aku kasitau.. dan org pertama yg aku carik mesti mario.. skang ni msg pon da susah nak reply.. hahha..
adui bro, gath kecik2 je kot.. segan la nak jemput bro.. hahha..
RerameUngu said…
hohoho,.. lately mood nak blogwalking makin hilang...

nak join jugakkkk!!