BMI Calculator - Ukur Kadar Kegemukan Anda

Assalamualaikum..

Pada tulisan maya yang lepas, saya telah bicarakan tentang suatu alat penimbang yang digunakan untuk mengenalpasti tahap keseimbangan dan kelancaran sesebuah blog. (Penimbang Blog). Bagi memenuhi pengisian yang saya kategorikan dalam bab Karutan kali ini saya ingin kongsikan pula suatu alat berguna untuk "Tuan punya Blog" dan seluruh manusia sejagat. Alat ini dinamakan BMI Calculator.

Body Mass Index (BMI) adalah jumlah yang dikira merujuk kepada silang rumus berat badan dan ketinggian seseorang. BMI menyediakan penunjuk yang boleh dipercayai tentang ukuran kegemukan badan bagi kebanyakan orang dan digunakan untuk menyaring kadar dalam kategori berat badan yang boleh membawa kepada masalah kesihatan. Ketepatan alat pengukur ini mungkin tidak seratus peratus, tetapi amat berguna untuk kita jadikan panduan dan motivasi diri dalam mengekal dan meningkatkan tahap kesihatan diri sendiri.

Ada pelbagai interface alat pengira dan pengukur ini telah dicipta dan anda boleh gunakan mana-mana perkhidmatan yang menyediakan 'Kalkulator BMI" ini kerana semuanya masih menggunakan rumus yang sama dan menghasilkan keputusan yang sama. Sebelum menggunakan alat pengira ini, anda perlu mengetahui berapakah berat badan anda dan ketinggian. Dengan memasukkan data-data ini, alat pengukur akan memberikan kadar kegemukan anda dengan merujuk silang jumlah berat melawan ketinggian anda.

Selamat mencuba. Jika anda rasa berat badan dan ketinggian semasa anda sudah stabil dan seimbang? Sila fikir sekali lagi.


BMI Categories: Rujukan anda.

Underweight = <18 .5="" i="">

Normal weight = 18.5–24.9

Overweight = 25–29.9

Obesity = BMI of 30 or greater

"I do all my own stunts, but never intentionally."

Comments

Tengkubutang said…
Heeeee.. teman ukur blog teman jea skrg ni.. gemok sgttt.. tgh usaha nk bg kurus, supaya senang peminat nk jenguk.. ecececeh..

Haiii.. dh follow sini no. 555
Jom follow me back.. heee..
http://tengkubutang.blogspot.com/
yusenze said…
@tenku butang
Kesihatan blog itu harus. Kesihatan diri itu wajib. hahha.. Yang penting dalam pembinaan blog adalah penampilan yang mesra pembaca.