Timbang dan Bina Blog Mesra Pembaca

Assalamualaikum...

Nantilah dulu. Tunggu sekejap. Beri ruang kepada saya yang sudah lama meninggalkan arena penulisan blog ini bertafakur mengolah susunan kata dari minda. Jiwa sememangnya sentiasa resah. Mana mungkin akan aman dengan mudah. Di pentas ini sahajalah tempat untuk saya meluahkan secebis rasa hati. Sedih berbaur dengan rasa pilu menyelubungi diri. Bukan kerana gagal dalam perhubungan di medan realiti tetapi kepiluan ini hadir secara mendadak bila merenung rangkaian feed post yang telah lama diikuti kebanyakannya tidak lagi aktif dikemaskini.

Persoalannya, ke manakah perginya penulis-penulis blog yang sudah lama berjuang di medan ini? Adakah mereka sudah muak untuk mencetus idea dan malas untuk berkongsi cerita mereka? Mungkinkah mereka mengambil langkah bersara sementara atau mungkin persaraan selamanya? Ada sejumlah besar blog-bog menarik yang sudah berbulan malah sudah bertahun tidak dikemaskini. Saya kenal mereka di medan maya ini, saya gemar dengan setiap pengisian yang mereka curahkan. Tapi sayang terbiar usang.

Biarlah. Biarkan. Mereka mungkin punya perancangan lebih menguntungkan. Mungkin di suatu hari nanti, mereka akan muncul kembali dengan ilham yang lebih malar segar.

Tinggalkan kisah pilu, kita terus kepada agenda utama. Penimbang Web/Blog. Apa faedahnya penggunaan perisian sebegini kepada blogger khususnya? Pada pertemuan lalu saya sudah kongsikan tentang kebaikan SEO on Page di mana keberkesanan templat sebagai pemangkin yang memudahkan setiap bahan yang kita tulis akan diindeks ke dalam sesebuah enjin carian. Di samping itu juga, pemilihan templat lebih banyak mempengaruhi pandangan pengunjung atau pembaca yang singgah berkelana. Blog yang berstruktur mesra pembaca lebih menarik perhatian.

Kadar loading sesebuah blog amat memberi kesan kepada pengunjung. Lebih ringan blog anda bermakna lebih cepat masa yang diambil oleh browser untuk menampilkan paparan blog anda dengan sepenuhnya. Apa punca yang memberatkan kadar masa untuk loading sesebuah blog?

1. Penggunaan Gadjet yang banyak (tidak perlu)
2. Penggunaan Script yang terlalu panjang dan tidak teratur
3. Saiz, latar belakang dan susunan paparan

Kadar saiz yang diperakui sejagat oleh pembangun sesawang adalah kurang daripada 150 Kb (bawah paras 150Kb) untuk laman komersial dan kurang daripada 100kb bagi blog persendirian. Anda boleh periksa berapakah saiz blog anda dan masa loading yang diambil menggunakan gadjet di bawah. Selamat mencuba untuk memperbaiki struktur pembinaan blog anda semula. Walaupun pengisian di blog anda lebih bersifat peribadi, namun ia tetap menjadi persinggahan pembaca. Oleh itu binalah sebuah blog yang mesra pembaca.


Sila Masukkan URL(s)anda, tekan butang check dan tunggu 5 saat: Dipersembahkankan oleh blog D'Cerekarama




(contoh http://naluri-ini.blogspot.com)




Comments

Tengkubutang said…
Wahhhhh.. amat berguha info ni.l terbaekkk.. dulu teman x amik tau pun perasaan pelawat blog teman, teman tau syok tmbh gdget jea..walhal ia buat blog teman berat n loading slow bila pelawat nk buka.. aishhhhh.. kesian deme kan...